berita

Travel Tanpa Risau Dengan Tune Protect, Dapatkan Data Perayauan PERCUMA Di 150 Buah Negara

May 8th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Bila travel naik flight, berapa ramai je antara korang yang ambil insurans perjalanan? Sesetengah daripada korang mesti selalu fikir “Alah, pergi kejap je ni. Tak payah ambillah. Dahlah mahal! InsyaAllah tak ada apa ni”. Yakinnya kamu!

Bagi yang biasa ambil insuran perjalanan, tahniah kerana masih sayangkan diri korang. Kepada yang selalu skip, ketahuilah bahawa ia penting kalau ada insiden seperti luggage hilang atau kena curi dan bila korang tiba-tiba sakit lalu ditahan dalam wad semasa korang travel.

Ingat, kos perubatan kat negara orang tak sama macam kat Malaysia tau. Silap haribulan, 10 kali ganda lagi mahal. Hajat nak bercuti, tapi stuck dengan kos perubatan yang melambung. Sebagai langkah berjaga, apa kata korang ambil insuran perjalanan dari Perlindungan Perjalanan AirAsia (AirAsia Travel Protection).

Ada promosi baru! Dapatkan Perlindungan Perjalanan AirAsia. Ia merupakan Perlindungan Perjalanan nombor #1 di Malaysia

Sebab apa admin cadangkan untuk ambil perlindungan perjalanan, sebab ada promosi terbaru daripada Tune Protect X Flexiroam yang menawarkan 1GB data perayauan Flexiroam secara PERCUMA bila korang beli insuran perjalanan daripada Perlindungan Perjalanan AirAsia.

Untuk pengetahuan korang, Flexiroam ialah pengendali rangkaian mudah alih global yang boleh digunakan di lebih 150 buah negara. Apa yang korang perlu lakukan hanyalah beli Perlindungan Perjalanan AirAsia sebelum korang travel. Secara automatik korang boleh tebus Flexiroam X Starter Pack yang disertakan 1GB data perayauan bernilai US$35 (RM145.00).

Aktifkan 1GB data perayauan Flexiroam dan ia boleh digunakan selama 3 hari sepanjang tempoh korang travel. Kalau korang travel lebih daripada 3 hari, korang hanya perlu tambah nilai pelan data ini melalui aplikasi Flexiroam X.

Apa yang korang akan dapat kalau beli Perlindungan Perjalanan AirAsia daripada Tune Protect ni? 

Korang bukan saja dapat 1, 2 atau 3, tapi lebih 22 manfaat yang mampu melindungi bukan sahaja diri korang sendiri malah keluarga korang pun dilindungi! Semuanya serendah RM10/perjalanan tau. Wow!

Tidak seperti sesetengah penyedia pelan perlindungan yang lain, Tune Protect melindungi korang sebelum, semasa dan selepas perjalanan. Ini termasuklah pembatalan perjalanan sebelum terbang, kemalangan ketika melancong, kehilangan dokumen dan wang, kelewatan atau kerosakan bagasi dan banyak lagi.

Kalau korang nak tau manfaat selebihnya yang ditawarkan Tune Protect, baca kat SINI.

Jangan lupa dapatkan Perlindungan Perjalanan AirAsia bila beli tiket penerbangan untuk percutian korang yang seterusnya. Korang cuma perlu klik icon ni:

Bukan saja korang akan dilindungi daripada serendah RM10/perjalanan, korang juga boleh enjoy 1GB data perayauan Flexiroam secara PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila layari laman web Perlindungan Perjalanan Nombor #1 di Malaysia. Selamat bercuti!

*Promosi ini Tertakluk kepada terma dan syarat.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×