berita

Trending Di Twitter Gara-Gara Kenyataan Ini, Netizen Mula Pertikai Kredibiliti Dr Noor Hisham

January 18th, 2021 | by Amat
Isu & Kontroversi

Angka bilangan kes positif Covid-19 telah mencecah kira-kira 4,029 tempoh hari telah membimbangkan ramai pihak terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ketua Pengarah KKM iaitu Datuk Dr Noor Hisham sebelum ini meluahkan rasa kebimbangan di laman Twitter dan menasihati agar orang ramai ‘stay at home’.

Susulan itu, nama DGHisham menjadi trending di media sosial apabila seorang pengguna Twitter didakwa membalas tweet tersebut yang cuba menampakkan sisi kelemahan pihak Dr Hisham sendiri.

Angka kes cecah 4,029

Pada awalnya, Dr Hisham mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berada di rumah bagi menurunkan angka kes positif Covid-19 di negara ini. Katanya, jika tidak keadaan lebih buruk boleh terjadi.

Angka kes positif tertinggi seramai 4,029 telah dicatatkan pada 16 Januari lalu yang melibatkan 4,021 kes tempatan manakala 8 kes import sahaja.

Kredibiliti dipersoalkan

Isu bermula apabila seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Erna Mahyuni respon kepada status Dr Hisham. Dia mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya Dr Hisham berani bercakap benar kepada ahli politik yang sering mengubah SOP dari awal lagi, pastinya keadaan tidak akan menjadi seperti sekarang. Dakwaan itu seolah-olah menampakkan kredibiliti Dr Hisham dipersoalkan.

Jika kamu ada keberanian untuk bercakap benar kepada ahli politik dan VIP, kepada mereka yang sering mengubah SOP, mungkin perkara ini tidak jadi teruk.

Disiplin dan tanggungjawab adalah kunci

Setelah itu, Dr Hisham telah membalas tweet tersebut dengan bertanyakan sama ada rakyat Malaysia mematuhi mesej harian yang dihantar oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau sebaliknya. Tambahnya, disiplin dan tanggungjawab adalah kunci bagi membendung wabak ini.

Adalah kamu semua menerima mesej harian yang dihantar untuk mengingatkan anda berada di rumah? Disiplin diri dan tanggungjawab merupakan kunci utama.

Jangan tunding jari

Susulan itu, netizen di laman Twitter mula kelihatan memuatnaik status dan ‘back-up’ Dr Hisham. Rata-rata menyifatkan masalah terhadap peningkatan kes ini tidak seharusnya diletakkan kepada Dr Hisham semata-mata, malah perlu juga kepada Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Adham Baba.

Bukan itu sahaja, netizen menyifatkan bilangan kes bertambah salah satunya adalah disebabkan tindakan ahli-ahli politik yang meneruskan hasrat untuk mengadakan pilihan raya. Perkara tersebut sekali gus akan menyebabkan virus mudah tersebar dan bilangan kes meningkat.

Pengacara terkenal iaitu Neelofa turut memuji kredibiliti dan usaha yang telah dilakukan Dr Hisham bagi mengharungi pandemik ini. Neelofa memberi semangat untuk Dr Hisham meneruskan usaha murni ini dan menurunkan bilangan kes di Malaysia.

Sumber: Dr Noor Hisham

SKIP THIS AD ×