berita

Trending Di Youtube, Netizen Puji Kolaborasi Alif Satar & Raihan Nyanyi Sesungguhnya 2019

May 11th, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Impian penyanyi, Alif Satar, untuk berkolaborasi bersama kumpulan nasyid terkenal Raihan, akhirnya tercapai. Terbaru, Alif dan Raihan telah bekerjasama menerusi sebuah lagu iaitu ‘Sesungguhnya 2019’.

Lagu yang pernah dirakamkan oleh kumpulan Raihan pada suatu ketika dulu, kini menjadi trending semula di laman Youtube. The Lacos iaitu ahli band yang sering mengiringi persembahan Alif telah berjaya mencetuskan kembali fenomena industri muzik nasyid apabila memberikan nafas baru buat lagu itu. Serius korang patut dengar!

‘Sesungguhnya 2019’

Menerusi laporan Berita Harian, Alif menganggap peluang berduet dengan kumpulan nasyid popular tersebut merupakan satu pengalaman yang luar biasa. Perancangan kerjasama antara mereka sangat dipermudahkan.

Kerjasama ini bermula dengan pelawaan spontan saya kepada mereka. Kebetulan, pada Disember lalu, saya berduet dengan Raihan dalam program Bintang Minggu Ini. Tak sangka pula, pelawaan itu disambut baik.

Selepas rakaman program berkenaan juga, sedutan latihan kami menyanyikan lagu Sesungguhnya menjadi tular. Ia umpama isyarat supaya projek ini diteruskan. Semuanya pula bagai dipermudahkan. Selain Raihan sendiri menyatakan persetujuan untuk berduet, pihak syarikat rakaman turut menyambut baik kerjasama ini.

Sempena bulan Ramadan

Alif dan Raihan telah merakam lagu duet tersebut sejak 15 April lalu dan melancarkannya di Youtube semalam. Setakat ini lagu tersebut telah mendapat 451K penonton dan 65K like. Mereka berharap lagu tersebut disukai ramai terutama pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Jujurnya, saya sendiri sangat sebak apabila kerjasama ini dapat dilaksanakan. Melihat mereka merakamkan Sesungguhnya 19 di hadapan mata, ia pengalaman yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Daripada sekadar berduet dalam program hiburan, tidak sangka kerjasama itu berlarutan ke studio rakaman pula. Kalau ibu bapa saya dengar lagu ini nanti, mereka pasti sangat bangga. Mereka tahu, saya memang begitu meminati Raihan.

Komen netizen

Rata-rata netizen menyukai gandingan Alif dan Raihan menyanyikan lagu tersebut. Mereka berharap kumpulan Raihan akan muncul kembali dan memeriahkan industri muzik nasyid. Selain itu, netizen turut terkenang memori zaman kanak-kanak mereka apabila mendengar lagu tersebut.

Lagu ‘Sesungguhnya’ merupakan ciptaan sepenuhnya Nazrie Johanie iaitu bekas vokalis kumpulan Raihan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×