Pendakwah bebas, Ebit Lew tampil menjawab beberapa tuduhan dan dakwaan yang diterimanya sebelum ini daripada Nadir Al-Nuri Kamaruzaman. Ebit Lew turut menjelaskan setiap tuduhan yang ditujukan kepadanya termasuklah isu kutipan sumbangan sebanyak RM20 juta setiap tahun sepertimana diwar-warkan di saluran televisyen dan akhbar.
Artikel berkaitan: Nadir Dakwa ‘Cara’ Team Ustaz Ebit Lew Masuk Ke Gaza Tidak Tersusun?
Artikel berkaitan: Nadir Akhirnya Buka ‘Cerita Sebenar’ Kenapa Misi Bantuan Ustaz Ebit Lew Ke Gaza Dipertikai
‘Saya tak pakai duit orang’
Dalam siaran langsung yang dibuatnya melalui Facebook Live, pendakwah bebas itu respon terhadap isu dakwaan melancarkan Tabung Gaza bagi membantu rakyat Palestin di sana. Ebit Lew bagaimanapun mengakui tidak pernah melancarkan Tabung Gaza tersebut sepertimana digempar-gempurkan segelintir pihak sebelum ini.
Saya lalu jalan yang betul. Tidak lalu bawah tanah. Jadi kita lalu di bawah Wisma Putra yang beri sokongan penuh daripada awal.
Saya tak pernah buka tabung untu Gaza. Yang buka tabung untuk Gaza ni adalah orang lain, anak muda. Saya pakai duit saya sendiri dan teman-teman rapat saya. Saya tak pakai duit orang dan tak pernah buka tabung Gaza. Yang buka tabung Gaza ni orang lain dengan niat membantu Palestin. Ramai orang yang niat ikhlas untuk membantu kepada tabung Gaza yang milik Nadir Al-Nuri. Jadi, duit itu diisytihar di TV, surat khabar RM20 juta.
‘Kena check dengan Nadir’
Dalam pada itu, Ebit Lew meminta orang ramai untuk bertanyakan persoalan mengenai jumlah sumbangan itu kepada NGO Nadir Al-Nuri. Ujarnya lagi, dia hanya mengetahui sejumlah wang sebanyak sekitar RM500 ribu hingga RM20 juta telah digunakan bagi sumbangan berbentuk makanan.
Soalan patut ditanya, RM20juta tu ke mana sekarang? Setiap tahun RM20juta. Nampak kan buat itu sikit ini sikit, RM20 juta. NGO tukar sticker RM20juta. Jadi, macam itu ke tuan puan terima? Tuan puan kena soal orang yang tanya saya. Soal dia dulu sebab dia yang collect RM20juta. Dia lah orang yang janji nak serah kepada Nadir.
Dialah satu-satunya orang yang boleh berjanji nak bina sekolah-sekolah di sana untuk anak yatim. Tapi rumahnya rumah anak yatim tak boleh bina pun.
Tuan puan boleh tanya dia. RM20juta kat akaun siapa? RM20juta tu dah transfer ke Nadir ke? Ada resit tak tunjuk RM20juta? Setakat ini dia bagitahu RM500 ribu ke RM1juta untuk belanja makanan. Itulah yang dia update. Yang lain cuma plan-plan. Yang plan tu saya tahu. Menteri Pembangunan Luar Gaza bagi saya plan semua sekali. Seluruhnya apa orang Gaza perlukan. Itu pun saya ada juga. Soalan, berapa banyak kita beri dalam pembangunan tu? Yang selebihnya kena check dengan Nadir Al-Nuri. Patut ditanya sebab melibatkan duit yang banyak.
Prinsip saya, saya tak campur hal orang lain sebenarnya. Tapi dah campur dah lah ni sebab orang mula tanya saya. Saya terpaksa jawab untuk diri saya, bukan sebab orang lain.
Siaran langsung
https://www.facebook.com/ebitlew/videos/322481646248499
Sumber: Ebit Lew