berita

Tuan Rumah Melampau, Hanya Bagi Sewa Jika Penyewa Kerja Kerajaan & Gred 41 Ke Atas

September 13th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Seseorang individu yang berhasrat untuk menyewakan rumah mereka kepada orang lain pastinya akan meletakkan beberapa syarat untuk penyewanya patuhi. Kebiasaannya syarat yang dikenakan adalah pendahuluan deposit, pembersih, dan status seperti sudah berkahwin atau bujang itu diletakkan sebagai kriteria.

Namun, berbeza pula dengan perkongsian pengguna Twitter Ikhwansooaidi ini apabila hasratnya untuk bertanyakan tentang rumah sewa menjadi pengalaman yang ‘menjengkelkan’ akibat daripada syarat tidak masuk akal yang ditetapkan oleh tuan rumah.

Dah ada pegawai Gred 44 masuk

Screenshot perbualan di antara individu itu bersama tuan rumah tersebut mungkin sedikit sebanyak sudah memaparkan sikapnya .Mana tidaknya, niat sekadar untuk bertanyakan kekosongan tentang rumah sewa itu dibalas pula dengan cara yang kurang enak.

Malah bukan setakat itu sahaja, apa yang lebih membingungkan, tuan rumah itu dilihat hanya menyewakan rumahnya kepada individu yang bekerja dalam sektor kerajaan dengan mempunyai gred yang tinggi.

Jangan cuba menipu

Bukan itu sahaja, tuan rumah itu turut memberikan ‘amaran’ kepada lelaki ini untuk tidak cuba menipu berkenaan gred dan jawatannya jika berhasrat untuk menghubungi rakannya bagi bertanyakan tentang rumah sewa.

Tidak hanya berdiam diri, lelaki yang bernama Ikhwan ini kemudian ‘menyekolahkan’ semula tuan rumah itu sehingga membuatkan individu ‘misteri’ tersebut terdiam.

Netizen geram

Perkongsian Ikhwan itu semestinya mengundang rasa geram dalam hati rata-rata netizen yang membacanya.

Malah, ada yang menyifatkan tuan rumah tersebut sebagai sombong dan kekwat.

Sumber: Twitter Ikhwansooaidi

SKIP THIS AD ×