berita

‘Tuanku Yang Suruh Saya Tangkap Gambar’ – Ditegur Seperti Anak Kecil, Ini Respon Permaisuri Agong

September 3rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sejak pertabalan, gelagat bersahaja Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sentiasa mencuri perhatian ramai. Rakyat tanpa mengira kaum meluahkan rasa seronok dan teruja tatkala melihat telatah Agong dan Raja Permaisuri ini yang disifatkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

Namun, di sebalik ramai yang gembira melihat tingkah laku yang ditonjolkan pemimpin nombor satu negara itu, seorang netizen dengan ‘selamba’ menegur perilaku Raja Permaisuri Agong di Twitter baru-baru ini.

Kamu berkelakuan seperti anak kecil

Pengguna Twitter dengan nama Finalana1 dengan beraninya ‘menasihatkan’ Tunku Azizah untuk duduk dengan sopan seperti seorang permasuri ketika berlangsungnya upacara sambutan Hari Kemerdekaan Sabtu lalu.

Kamu berkelakuan seperti seorang anak kecil, ambil gambar dengan telefon semasa Hari Merdeka.

Boleh tak kamu duduk macam gaya seorang permaisuri dan nikmati sahaja acara itu. ‘Like rabbit in Alice Wonderland’.

Mendapat respon Tunku Azizah

Tweet individu yang tidak dikenali itu bagaimanapun mendapat respon daripada Tunku Azizah.

Sambil mengucapkan terima kasih di atas ‘nasihat’ pengguna Twitter itu, Tunku Azizah berkata baginda hanya menuruti arahan oleh suaminya untuk mengambil gambar.

Tuanku suruh saya ambil gambar… saya hanya mengikut arahan baginda.. terima kasih untuk komen itu.

Netizen pertahankan Raja Permaisuri

Bagaimanapun, rata-rata netizen mempertahankan gelagat selamba yang ditonjolkan oleh Raja Permaisuri yang disayangi ramai itu.

Malah, ada di antara mereka menyifatkan pengguna Twitter tersebut menggunakan akaun palsu untuk ‘mengecam’ perilaku Permaisuri Agong.

Sumber: Twitter cheaminahsayang, finalana1

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×