Nama personaliti media sosial, Kasih Iris Leona menjadi topik hangat di media sosial sejak minggu lalu selepas memakai bikini berona putih ketika di Warleigh Weir, United Kingdom.
Artikel Berkaitan: Leona Buat Hal Lagi, Pakai Bikini Putih Masa Mandi Sungai
Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Tak Sempat Tengok Video Leona Berbikini Putih, Minta Maaf Bagi Pihak Anak
Tiada kena mengena dengan orang lain
Terbaru, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman dilihat membuat ciapan (tweet) di Twitter pada pagi Isnin. Leona memohon agar warganet berhenti menyibuk dengan penampilan seksinya.
Tolong berhenti ‘terganggu’ dengan apa yang saya pakai. Saya merayu tolong letakkan perhatian pada isu yang lebih penting.
Saya benar-benar tidak mengambil kisah tentang pendapat kalian tentang badan saya. Jadi tolong berhenti meninggalkan komen bodoh yang tidak diingini.
Kata ‘influencer’ berumur 21 tahun ini, imej yang digayakan atas pilihan sendiri dan tidak ada kaitan langsung dengan netizen.
Apa yang saya pakai tiada kena mengena dengan orang lain. Tubuh saya, pilihan saya. Masalah saya dan tiada kena mengena dengan kalian semua.
Kalau tidak suka dengan apa yang kalian nampak, jangan tengok saya. Block (sekat) sahaja saya.
Dalam pada itu, anak bongsu daripada tiga beradik ini menyatakan orang ramai tidak akan peduli sekiranya saiz payudaranya tidak menonjol.
Kalaulah payudara saya kecil, saya yakin 100 peratus kalian semua takkan ambil kisah tentang apa saya pakai.
Terdahulu, Leona memuat naik beberapa gambar dan video yang memaparkan dirinya memakai bikini ketika percutiannya bersama rakan-rakan.
Selepas itu, Azhar tampil memohon maaf di atas kesalahan anak perempuanya dan sentiasa mendoakan yang terbaik.
Sumber: Twitter