berita

Tuduh Bapa ‘Kedekut’ Sebab Tak Nak Bagi Duit, Lelaki Tetak Bapa Kandung Guna Sabit Sampai Mati

September 15th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Berang si bapa tidak memberikannya wang, seorang lelaki di Indonesia tergamak menetak warga emas itu hingga mati. Suspek juga mendakwa berbuat demikian kerana tidak tahan dengan sikap bapanya yang dianggap kedekut dan sombong.

Mangsa dalam keadaan berdarah

Foto: Tribunnews

Memetik laporan Tribunnews, suspek yang berusia 28 tahun mengaku menetak bapanya, 66 tahun menggunakan sabit. Insiden itu hanya disedari oleh jiran tetangga selepas mendengar jeritan minta tolong daripada mangsa. Penduduk setempat kemudian bergegas ke rumah mangsa dan alangkah terkejutnya apabila mendapati lelaki itu terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Sewaktu memasuki rumah, jiran tetangga melihat mangsa terkapai-kapai di atas lantai ruang tamu dengan berlumuran darah sambil meminta tolong. Suspek ketika itu sedang memegang sabit sambil berada di atas mangsa.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun mangsa gagal diselamatkan akibat kecederaan parah di bahagian tangan kanan, punggung dan kaki kiri.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek mengalami masalah gangguan jiwa sejak lima tahun lalu dan kini masih mendapatkan rawatan. Menurut ketua kampung, meskipun suspek mengalami gangguan jiwa tetapi selama ini dia tidak pernah melakukan perkara pelik sebaliknya melakukan aktiviti harian sama seperti individu normal.

Semasa soal siasat, suspek akui menyesal dengan tindakannya itu dan mendakwa tidak sedar apa yang dilakukannya pada ketika itu. Difahamkan, suspek telah ditahan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×