Pelawak dan penyampai radio Shuib menyifatkan tuduhan dirinya sengaja menidurkan isteri, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin sangat keterlaluan.
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Libatkan Arwah Isteri Aku? Freemason? Meh Cakap Depan-Depan Aku?’ – Shuib
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jep Dedah Tak Dijemput Ke Majlis Kahwin Shuib & Watie
Bodoh sangat!
Ketika ditemui OhBulan! di sidang media tergempar, Shuib berkata fitnah itu telah memberi kesan buruk terhadap keluarganya terutama anak-anak.
Justeru, dia enggan mendiamkan diri lantas ‘mencari’ penyebar fitnah yang ‘rancak’ menulis di media sosial.
Apabila orang tuduh saya sebagai ahli Freemason, saya rasa bodoh sangat (kenyataan itu) dan tuduhan yang tidak berasas. Jadi pada awalnya saya abaikan sahaja.
Apa yang menjadi penyebab saya bersuara bila mereka libatkan nama arwah Siti Sarah. Tuduhan itu melampau! Tentulah saya marah, sebab orang yang saya sayang tak ada dan nampak macam saya yang membunuh isteri saya.
Saya tahu perjalanan isteri saya sebelum masuk hospital sampailah saya lihat dia dalam beg plastik mayat.
Shuib berkata demikian di Bubble Bee Bandar Sri Permaisuri, pada Selasa.
Maafkan sebab nampak naif
Bagaimanapun, Shuib, 39, telah membuat keputusan untuk memaafkan Zulhairi Othman iaitu salah seorang pengguna Facebook.
Kata Shuib, Zulhairi, 35, seorang yang gentle kerana berani bertemu dengannya secara empat mata.
Saya maafkan awak Zulhairi. Saya nampak dia naif, nampak dia orang baik. Awak berani angkat call saya dan gentle datang bertemu hari ini di depan pihak media.
Saya doakan awak dan harap isu ini tidak menganggu kerjaya dan keluarga awak.
Terdahulu, Shuib sudah hilang sabar apabila dua pengguna Facebook menuduh dia antara ahli sebuah organisasi Freemason.
Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsu, Ayash Affan.