berita

Tujuh Fakta Menarik Tentang Filem Mana Mau Lari

November 20th, 2014 | by Ai
Filem Tempatan

Scene Mana Mau Lari (1)

Korang perasan tak ramai selebriti Malaysia yang gilakan motosikal berkuasa tinggi seperti Harley Davidson. Antaranya ialah Erra Fazira, Jehan Miskin, Linda Onn dan Awie.

Pernah tak terfikir apa yang best sangat dengan motor berkuasa tinggi ni? Dengar cerita siap ada persatuan lagi. Selalunya, korang akan nampak mereka ni convoy ketika musim cuti. Pergh! Macam best je.

Keseronokan berganda apabila korang bakal dapat menyaksikan sendiri semangat ahli-ahli kelab Harley ni dalam filem Mana Mau Lari yang bakal ditayangkan di pawagam berdekatan bermula 27 November tahun ini. Nak tau apa yang best? Jom baca lagi.

manamaulari-16

1. Kelab Biker’s

Sebenarnya, banyak kelab-kelab biker’s ni tau! Antaranya ialah Elephant’s Bikers, Rasa Riva Brotherhood dan banyak lagi.

Setiap kali cuti sekolah, kalau korang ternampak motosikal Harley Davidson melambak-lambak ni di atas lebuh raya, maknanya mereka sedang ada konvoi lettew.

Aktiviti mereka pun bukan sembrono je tau! Biasanya mereka ni konvoi ke satu tempat untuk membuat aktiviti amal dan kemasyarakatan.

Kalau korang nak tahu, dalam filem Mana Mau Lari, empat sahabat ini dikenali sebagai ‘Geng Kassim Selamat’ tau! Agak-agaknya, konvoi mereka ke mana ya?

manamaulari-2

2. Brotherhood yang kental

Satu perkara yang kami respect dengan mamat-mamat biker’s ini adalah semangat brotherhood yang super kental. Susah mahupun senang, mereka tetap teguh.

Walau kemana mereka pergi pasti bersama. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Haa, begitulah sifat mereka ini.

Berbalik pada filem ini, korang akan dapat melihat semangat setiakawan yang tinggi apabila masing-masing sanggup bersama dalam misi mencari motosikal yang hilang.

manamaulari-10

3. ‘Road movie’ komedi mengenai Harley Rider

Filem ini bukanlah seperti filem-filem mat motor biasa yang sudah ada di pasaran. Tetapi, ia lebih fokus kepada penggembaraan.

Bukan pengembaraan mencari harta karun tau! Tetapi perjalanan 4 sahabat mencari pencuri sebiji motor Harley Davidson yang hilang.

4. Dapat Tajaan Harley Davidson

Menariknya, buat julung kali filem arahan Prof Datuk A Razak Mohaideen ini mendapat tajaan dari Harley Davidson. Fuh! Bukan calang-calang penaja tu tau.

Iyalah, Harley boleh dikatakan syarikat motosikal berkuasa tinggi yang popular di serata dunia. Bukan sebiji yang ditaja, tetapi 4 biji sekaligus!

manamaulari-26

5. Penuh elemen komedi, seram dan fantasi

Bagi kami, filem Mana Mau Lari ini bukanlah filem melayu tipikal yang sering kita lihat. Olahan jalan cerita dan skrip yang unik dengan menggabungkan 3 elemen iaitu komedi, seram dan fantasi, betul-betul memberi impak yang menarik.

Pernah dengar cerita seram kenderaan berhantu tanpa pemandu? Haa, korang boleh rasai sendiri ketakutan yang boleh buat korang tak tidur malam

6. Tiada wajah ‘hero’

Menariknya filem ini, korang takkan dapat lihat wajah-wajah tampan seperti Aaron Aziz. Tetapi, jangan kecewa! Dengan adanya pelawak-pelawak terkemuka tanah air seperti Tauke Jambu, Syuk Balas, Yassin dan Saiful Apek, mesti tak menyesal punya.

manamaulari-53

7. Filem ke-34 arahan Prof Datuk A Razak Mohaideen

Untuk pengetahuan, filem ini ada nilai sentimental terhadap pengarahnya tau. Setelah 2 tahun tak mengarah, akhirnya Prof Datuk A Razak Mohaideen kembali dengan filem ke-34 beliau.

Okay! korang mesti tertanya-tanya apa sinopsis filem ini kan?

Filem ini mengisahkan Geng Kassim Selamat yang ingin bercuti di Cowboy Town bagi meraikan kemenangan Abang Pen (Tauke Jambu) dalam pertandingan motor cross.

Bagaimanapun, motosikal Abang Pen hilang dan 4 sahabat ini berusaha untuk mencari motor tersebut. Kalau nak tahu apa yang terjadi sepanjang pengembaraan mereka, korang kenalah ke panggung wayang untuk menyaksikan filem ini.

Jadi, abang-abang biker’s semua, apa kata tonton filem ini. Mana tau, terkenang peristiwa lama ke kan?

Tapi sebelum tu, anda boleh menyertai Mana Mau Lari Motor Tour dan berkonvoi dengan riders yang lain. Best tu! Tak cukup lagi, korang juga berpeluang menyaksikan pameran motor berkuasa tinggi serta menang cenderahati barangan motor dan hadiah eksklusif Mana Mau Lari. Jangan ketinggalan, okay?

SKIP THIS AD ×