Pelakon, Fasha Sandha memberitahu dia mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set penggambaran sebuah drama, semalam.
Sedang rehat secukupnya
Dari semalam telefon kakak tidak berhenti berdering. Di sini saya ingin membuat sedikit update tentang kakak. Maaf kakak sedang rehat secukupnya. Kakak mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set penggambaran pada 1 mac (pagi semalam). Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam.
Menurut Fasha, tulang mata kirinya patah dan bebola matanya juga berdarah serta bengkak. Oleh sebab itu, dia dikejarkan ke hospital di Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan. Tambah Fasha, dia akan berpindah ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan pakar.
Mohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak. Seperti yang ramai tahu kakak seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya. Saya yakin kakak kuat. Pihak produksi telah memohon maaf pada kakak dan keluarganya.
Ujar Fasha lagi, tiada sesiapa harus dipersalahkan berhubung kemalangan yang terjadi.
Kemalangan ini terjadi di luar jangkaan kita. Insyaallah saya akan update lagi perkembangan dari semasa ke semasa. Terima kasih.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Fasha Sandha