berita

Tular Bayi 2 Bulan Meninggal Lepas Diberi Minuman Campuran Herba- ‘Saya Dah Halang Tapi Keluarga Bagi Juga’

January 19th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi yang dilalui seorang wanita ini apabila terpaksa menerima hakikat bayi kesayangannya ‘pergi’ buat selama-lamanya disebabkan kecuaian keluarganya sendiri.

Anak meninggal dunia, minum campuran herba

Menurut sumber, anak kecil yang baru berusia 54 hari itu disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas dan jangkitan paru-paru. Bercerita dengan lebih lanjut, Puan Aya akui sangat terkilan dengan sikap keluarganya yang sesuka hati memberi anak kecil itu minum air ramuan herba campuran daun kacang botol serta kencur.

Meskipun Puan Aya sudah melarang dan memberitahu ramuan tersebut tidak sesuai untuk bayi, tetapi keluarga tidak mengendahkan malah tetap memberikannya kepada si kecil. Namun siapa sangka, kesan daripada ramuan herba tersebut, si kecil mula sesak nafas dan menghidap jangkitan paru-paru.

Si ibu yang panik melihat keadaan anaknya bergegas mahu membawanya ke pusat rawatan namun lain pula yang jadinya apabila dihalang oleh keluarga. Mereka berpendapat penyakit tersebut boleh diubati dengan minuman tradisional sahaja. Akan tetapi, Puan Aya tetap bertegas mahu membawa anak kesayangannya itu ke hospital namun malangnya, sudah terlambat dan mangsa disahkan meninggal dunia. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Indonesia.

Sumber: Health Okezone

SKIP THIS AD ×