Tular satu berita palsu yang mengatakan pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi kembali mendirikan rumah tangga hingga menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aznil Perjelas Isu Pelantikan Siti Nurhaliza Sebagai Pakar Di Universiti – ‘Hanya Ikon Promosikan Pembelajaran’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Puji Siti Nurhaliza Bawa Doktor Peribadi Bercuti Ke Korea Selatan, Netizen Usik – ‘Helok Juga’

Berita palsu

View on Threads

Tidak berdiam diri, Aznil dalam satu muat naik di Threads meluahkan rasa tidak percaya dengan dakwaan tersebut.

Dalam masa yang sama, dia turut berharap orang ramai tidak sewenang-wenangnya mempercayai berita palsu itu tanpa mengetahui kebenaran di sebaliknya.

Common lah, kalian tak percaya kan?

Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil bersuara terhadap penggunaan AI yang dilihat semakin disalahguna dan berleluasa.

Segelintir mereka turut meluahkan rasa kurang senang terhadap penyebaran berita palsu hingga menimbulkan fitnah.

Sebelum ini, terdapat satu berita palsu yang mengatakan Aznil sudah berkahwin.

Dalam perkongsian itu, individu tersebut megucapkan tahniah kepada Aznil dan wanita yang didakwa pasangannya.

Komen netizen

Sumber: Threads