berita

Tular Gambar Wajah Terkini Mangsa MH370, Anak Tampil Beri Respon – ‘Dia Bukan Bapa Saya’

September 4th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sejak beberapa hari lalu, tular beberapa hantaran di Facebook memaparkan wajah beberapa individu seakan-akan penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang dikatakan berada di pulau Diego Garcia yang merupakan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di wilayah milik British.

‘Dia bukan bapa saya’

Susulan daripada itu, hantaran tersebut telah dibanjiri komen-komen rakyat Malaysia yang rata-ratanya yakin bahawa individu dalam gambar tersebut adalah wajah terkini penumpang dan anak kapal pesawat MH370.

Turut tersebar adalah gambar yang didakwa merupakan Ketua Pramugara MH370 iaitu Andrew Nari. Perkara yang tular itu secara tidak langsung mendapat perhatian anak perempuan mangsa iaitu Maira Elizabeth Nari. Maira memaklumkan dia hanya mengetahui perkara itu selepas menerima beberapa kiriman DM (Direct Message) di Instagram oleh individu yang bertanyakan perkara tersebut. Menerusi hantaran di InstaStory, Maira memaklumkan gambar yang tular itu bukanlah bapanya.

Hello, hari ini saya mendapat tahu bahawa orang di dalam gambar ini dikatakan adalah ayah saya atau mirip ayah saya. Saya ingin menjelaskan dia bukan bapa saya.

Dalam kesempatan itu, Maira mengucapkan terima kasih kepada individu yang menghantar DM kepadanya dan meminta maaf kerana tidak dapat membalas kesemua mesej berkenaan.

Namun saya menghargainya dan amat berterima kasih atas ingatan kalian.

Terdahulu, misteri pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang membawa 239 penumpang dan kru hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 kembali menjadi bualan hangat netizen ekoran tular satu video yang memaparkan wajah terkini mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Hantaran InstaStory

Sumber: Maira Elizabeth Nari

SKIP THIS AD ×