
Tular semula video lama milik pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman ketika dia mula mengenakan hijab beberapa tahun lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Bila Dapat Hidayah, Genggam Sampai Akhir Hayat’ – Isa Khan Titip Nasihat Buat Norreen Iman Selepas Tampil ‘Free Hair’
Artikel Berkaitan: Norreen Iman Tampil Dengan Imej Baru, Rambut Pendek & Berwarna
Video lama

Dalam video berkenaan, Norreen memohon mana-mana individu yang masih menyimpan atau pernah memuat naik gambar serta video memaparkan dirinya tidak menutup aurat agar memadamkannya.
Video itu dipercayai dirakam ketika Norreen sedang menunaikan ibadah umrah di Makkah.
Nak minta tolong, siapa ada gambar saya seksi, mohon padam. Terima kasih ya.
Perkongsian tersebut kembali menjadi perhatian susulan tindakan Norreen yang baru-baru ini tampil dengan imej lamanya apabila dilihat tidak lagi berhijab.
Norreen mengejutkan ramai apabila berkongsi klip pendek menerusi Instagram Story yang memaparkan dirinya berambut pendek tanpa mengenakan tudung.
Sebelum itu, pelakon berkenaan seolah-olah memberi bayangan mengenai perubahan imejnya apabila mula berkongsi beberapa video memperlihatkan bahagian lehernya, selain hanya mengenakan topi.
Sumber: Threads








