Sejak beberapa hari lalu, industri hiburan Korea Selatan digemparkan dengan tersebarnya perbualan yang didakwa dihantar oleh mendiang pelakon Kim Sae Ron kepada aktor terkenal, Kim Soo Hyun.  

Tular perbualan

Perbualan yang bertarikh 19 Mac 2024 itu memperlihatkan Kim Sae Ron membincangkan notis tuntutan pembayaran semula hutang bernilai 700 juta won (RM2.1 juta).  

Oppa, ini saya, Sae Ron. Saya menerima surat rasmi mengatakan saya telah disaman. Kamu pernah berkata akan memberi saya lebih banyak masa. Jadi, saya telah bersedia untuk membuat kemunculan semula dengan rancangan untuk membayar sedikit demi sedikit daripada setiap projek.’

Bukannya saya tidak mahu bayar, tetapi saya tidak mampu untuk mengeluarkan wang sebanyak 700 juta won sekaligus. Adakah saya perlu ke mahkamah? Tolong saya. Saya merayu… berilah saya lebih banyak masa.

Turut tular adalah gambar lama yang memaparkan Kim Soo Hyun mencium pipi Kim Sae Ron. Foto tersebut dipercayai diambil ketika aktres itu berusia 16 tahun.

Kim Sae Ron muat naik foto mesra

Menurut sumber, Kim Sae Ron dan Kim Soo Hyun didakwa menjalinkan hubungan cinta sejak 2015, ketika aktres itu masih di bawah umur namun hubungan mereka berakhir pada 2021.

Pada tahun 2019, Kim Soo Hyun menubuhkan syarikat Gold Medalist, di mana Kim Sae Ron turut bernaung di bawahnya.  

Namun, pada 2022, kontrak Kim Sae Ron dengan syarikat itu ditamatkan selepas dia terlibat dalam kes memandu di bawah pengaruh alkohol. Gold Medalist dilaporkan telah menanggung bayaran ganti rugi kerosakan jalan berjumlah RM2.1 juta akibat insiden itu.  

Bagaimanapun, pada tahun 2024, Kim Sae Ron menerima notis tuntutan saman untuk membayar semula jumlah tersebut. Difahamkan, dia cuba menghubungi Kim Soo Hyun, namun tidak mendapat respons.  

Sehingga Mac 2024, Kim Sae Ron bertindak memuat naik gambar lama mereka ketika masih bercinta, dipercayai sebagai usaha terakhirnya untuk mendapatkan perhatian aktor tersebut.  Kim Sae Ron pernah mengakui dalam satu kenyataan bahawa dia dan Kim Soo Hyun memang pernah bercinta.  

Gold Medalist nafi tuduhan

Lebih mengejutkan apabila aktres itu didakwa telah mengakhiri hidupnya pada tarikh kelahiran Kim Soo Hyun disebabkan tekanan akibat bebanan hutang.

Pendedahan berhubung kronologi kejadian itu dilakukan oleh Youtuber, Ga Se Yeon.

Sementara itu, agensi Gold Medalist sekali lagi menafikan dakwaan bahawa aktor pernah menjalin hubungan cinta dengan mendiang Kim Sae Ron ketika aktres itu masih remaja.

Sumber: Allkpop, Malay Mail