Baru-baru ini, tular beberapa video memaparkan detik cemas empat individu maut dilanggar kereta api di kawasan Jawa Barat, Indonesia.

Artikel Berkaitan: Suami Jennifer Coppen Meninggal Dunia Akibat Terbabas Motor, Polis Sahkan Cedera Parah Di Bahagian Tulang Rahang & Dada

Artikel Berkaitan: Ibu Dua Anak Maut Sari Tersangkut Pintu Kereta Api

Maut dirempuh kereta api

Menerusi video tular itu memperlihatkan empat individu termasuk dua kanak-kanak berada di kawasan landasan kereta api tersebut. Ketika itu, dua kanak-kanak lelaki berdiri tengah landasan tersebut sambil melambai kereta api yang berada di landasan bertentangan.

Manakala seorang wanita dilihat turut berada di tepi landasan sambil meminta anaknya merakam momen tersebut namun tanpa disedari, salah seorang mangsa telah dirempuh kereta api Cirebon-Jakarta.

Menurut sumber, mangsa telah tersangkut pada gerabak hadapan kereta api tersebut diseret hingga ke Stesen Subang.

Difahamkan, jumlah keseluruhan mangsa maut akibat dirempuh kereta api adalah seramai empat orang termasuk seorang warga emas, Sahaman yang berniat mahu membantu menyelamatkan kedua-dua kanak-kanak terbabit.

Mayat kesemua mangsa, Anita Andini (37), Muhamad Alikhasan (7), Ted Alfarizi (7) dan Sahaman (65) telah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat.

Sumber: News Indozone, Jatim Times, Platform X