berita

Tular Rakaman Peniaga Wanita Calit Makanan Pada Alat Sulit

September 6th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Kebersihan merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu termasuklah peniaga makanan.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman memaparkan seorang peniaga wanita dipercayai melakukan ‘ritual’ untuk perniagaannya.

Buat apa tu? jijiknya…

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan peniaga terbabit memberhentikan gerai bergerak miliknya di tepi jalan sebelum bertindak menyapu makanan yang dijualnya pada kemaluannya sendiri. Tindakan tersebut dipercayai dilakukan untuk melariskan jualannya.

Dia juga dilihat sempat memerhati keadaan sekeliling sebelum beberapa kali memasukkan makanan ke dalam seluar untuk disapu ke bahagian alat sulitnya.

Perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya mengkritik perbuatan jijik itu.

Setakat artikel ditulis, tidak dapat dipastikan di mana dan bila kejadian ini berlaku serta apakah motif sebenar peniaga terbabit berbuat demikian.

Sumber: Medan Tribunnews

SKIP THIS AD ×