Ibu bapa merupakan merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia dan pengorbanan mereka tiada tolok gantinya.
Baru-baru ini, lain pula yang jadinya apabila seorang anak tergamak menganiaya ibu kandungnya yang sedang lumpuh, dalam satu kejadian di Indonesia.
Pukul, seret ibu tengah lumpuh
Menerusi video yang tular itu memaparkan seorang anak lelaki memukul ibunya yang berusia 74 tahun. Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dirakam oleh isteri pelaku, 51, sebelum video tersebut tular di media sosial.
Kelihatan warga emas yang bertudung putih itu menangis menahan kesakitan namun tidak diendahkan oleh si anak. Malah pelaku dilihat terus menampar pipi dan menyeret mangsa yang sedang duduk di lantai rumah.
Susulan daripada penularan video itu, pihak polis berjaya menahan pelaku pada 26 Mei lalu.
Hasil siasatan awal mendapati, kejadian tersebut berlaku pada 10 Mei lalu dan perbuatan itu bukan pertama kali terjadi malah sebelum ini mangsa sering dipukul dan dianiaya oleh anak lelakinya itu.
Mangsa yang trauma dan mengalami kecederaan ringan kini sedang menerima rawatan di hospital.
Video
Sumber: TVOneNews