Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad tampil menjelaskan berhubung video tular memaparkan dirinya berada di sebuah pusat kecergasan dengan berseluar pendek sehingga menampakkan aurat.
Artikel Berkaitan: Nabil Kongsi Momen Ikut Tabligh Dengan Aliff Aziz – ‘Dia Sebaik-Baik Manusia, Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud’
Penjelasan Nabil
Memetik laporan Harian Metro, Nabil atau nama lengkapnya Haji Ahmad Nabil bin Ahmad memberitahu bahawa video yang tular itu adalah rakaman lama dan bukannya kejadian baharu seperti yang didakwa ramai.
Saya tak tahu langsung video itu ‘keluar’ semula di TikTok. Itu video lama saya. Dulu, semasa zaman jahiliah kot. Zaman saya rajin ke gimnasium dulu. Saya pun tak perasan mereka kongsi semula iklan itu.
Pelakon berusia 41 tahun itu juga akui sudah lama tidak ke pusat kecergasan tersebut dan video itu dirakam sebelum berlakunya penularan pandemik Covid-19.
Memang dah lama sangat saya tak ke situ, dah bertahun-tahun dah. Kalau tak salah, penggambaran iklan itu pun dah lama. Mungkin sebelum pandemik Covid-19 lagi. Sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
Sumber: Harian Metro