Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan telah didera oleh seorang lelaki.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki itu.
Kanak-kanak didera bapa saudara
Menerusi video yang tular di media sosial, meskipun mangsa menjerit kesakitan namun lelaki itu tidak mengendahkan malah berterusan memukul mangsa. Lebih kejam apabila suspek tergamak menendang dan memijak tubuh kecil mangsa selain cuba membakar mangsa.
Memetik laporan Pikiran Rakyat, mangsa yang berusia 10 tahun itu merupakan anak yatim dan suspek, 44, adalah bapa saudara mangsa.
Menurut pihak kepolisian, motif kekerasan tersebut adalah kemarahan pelaku setelah mengetahui bahwa korban diduga mengambil uang milik neneknya, yang merupakan ibu dari pelaku.
Susulan daripada itu, mangsa berjaya diselamatkan dan mendapat rawatan susulan.
Manakala, suspek telah ditahan untuk tindakan lanjut.
Sumber: Pikiran Rakyat