berita

Tular Video Budak Ditampar, Dicubit Di Bahagian Dada Berkali-Kali Sampai Menangis

November 29th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan seorang individu melakukan penderaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan dua tahun.

Tular video budak didera

Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat yang dimuat naik di @isusemasaviral, si pelaku bertindak ganas dengan mengetuk kepala dan menampar wajah mangsa berkali-kali. Tidak cukup dengan itu, pelaku turut mencubit dada mangsa sehingga mangsa menangis kesakitan. Lebih kejam apabila pelaku tergamak menekup muka dan kepala mangsa ke bahagian celah kangkangnya hanya kerana mangsa enggan berhenti menangis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dengan nasib yang menimpa kanak-kanak malang itu selain berharap agar si pelaku ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal.

Menurut sumber, laporan polis sudah dibuat namun pelaku dikatakan telah melarikan diri dari rumahnya. Difahamkan, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan menjejaki keberadaan suspek. Berdasarkan dialek yang digunakan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Sulawesi, Indonesia.

Video

Sumber: Isu Semasa Viral, TV One News

SKIP THIS AD ×