berita

Tular Video ‘Kantoi’ Rakam Dalam Panggung Wayang, Wanita Tampil Perjelas Sebab Tersendiri

February 3rd, 2023 | by Aina Sarah
Kini Trending

Tular di media sosial, tindakan seorang wanita yang melawan salah seorang kakitangan di sebuah panggung wayang selepas ‘kantoi’ merakam babak filem yang ditonton semasa ianya sedang ditayangkan.

Artikel Berkaitan: ‘Trailer ‘Pulau’ Hanya Satu Peratus Daripada Keseluruhan Filem’ – Penerbit

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Ni Pelik Sikit’ – Syed Saddiq Pernah Kantoi Tidur Dalam Panggung Wayang

Soal tentang hak

Walaupun sudah ditegur oleh staf itu, wanita terbabit sempat bertanya mengenai haknya sebagai pembeli tiket wayang.

Kenapa tidak boleh rakam? Saya bayar. Tak payah sibuklah. Jangan kacau saya.

Tingkah laku wanita tersebut telah mendapat kritikan ramai sehingga ada yang melabelkan dirinya sebagai seorang yang ‘bodoh sombong’ kerana tidak mahu mengakui salahnya.

Tampil mohon maaf

Susulan kecaman yang diterima, wanita berkenaan tampil membuat permohonan maaf di akaun TikTok dengan menjelaskan dirinya tiada niat untuk merakam keseluruhan filem sewaktu ditayang.

Kalau tengok dari mula pun, saya tak ada rakam sebab apa yang saya nak sampaikan adalah filem itu memang menarik.

Jelasnya lagi, dia hanya merakam beberapa babak dari filem berkenaan yang dirasakan menarik untuk ditunjukkan kepada orang ramai.

Bukan itu sahaja, dia turut memberitahu bahawa tujuan lain dia merakam babak-babak tersebut adalah untuk mengajak orang ramai menonton filem berkenaan selepas mendengar khabar angin mengatakan filem itu akan ditamatkan tayangan kerana tidak ramai penonton.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×