berita

Tular Video Kereta Misteri, Ini Yang Berlaku Sebenarnya

November 10th, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Kebelakangan ini ada video penampakan aneh melibatkan sebuah kereta berlampu merah yang cukup aneh dan penuh dengan misteri. Alamak, dah kenapa pula ni? 

Yang peliknya, takde seorang pun yang tahu cerita sebenar di sebalik kisah misteri ni. Sampai macam-macam spekulasi timbul dalam kalangan netizen.

Netizen kongsi video kejadian aneh, buat spekulasi liar?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by J (@isawkwardguy)

Aduh! Belum tengok video lagi dah buat naik bulu roma. Baru-baru ni, kami dapat tahu yang ada netizen rakam video aneh tau. Siap upload di media sosial pulak tu.

Cuba tengok video tu betul-betul. Kalau tak kuat semangat, ajak orang sebelah tengok sekali!

Kami sempat la screenshot komen yang netizen lain tinggalkan pada video tu. Pada awalnya, ini yang mereka fikir tentang video tu tau. Menarik juga!

Lepas dah selidik sana sini, barulah kami tahu cerita sebenar dan apa yang terjadi di sebalik video tu. Tak lama lepas tu, orang tu pun dah upload video lain untuk bongkarkan misteri video viral tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by J (@isawkwardguy)

Rupa-rupanya ia adalah koleksi kereta kawalan jauh limited edition Shell inspirasi dari Star Wars™!

Laa.. Rupanya kereta misteri tu antara koleksi kereta kawalan jauh epik diinspirasikan oleh Star Wars™. Buat suspense je. Tapi collection kali ni memang special kerana ianya adalah koleksi Star Wars™ Racers pertama di dunia, lengkap dengan teknologi kawalan jauh.

Selalunya Shell keluarkan versi Motorsports tapi kali ni dia tukar selera pulak. 

Team OhBulan! pergi tengok tadi, memang lawa geng..dari segi kualiti dan design memang mirip karakter Star Wars. Cerita Star Wars™ memang popular di Malaysia dan koleksi ekslusif dan ‘rare’ ini perlu ada dengan korang.

Sebab koleksi ini hanya dikeluarkan di Malaysia sahaja, ada kemungkinan besar ianya akan jadi kolektor item yang unggul pada masa depan.

Dibawakan khas dengan gabungan inovasi Shell V-Power dan daya tarikan Star Wars, korang yang setia menjadi peminat dan pengumpul tegar barangan Star Wars pasti teruja untuk memiliki koleksi ni. Kena kumpul semuanya guys!

Setiap kereta ada watak Star Wars, nampak gah!

Semua kereta kawalan jauh dalam koleksi Star Wars™ Racers diinspirasikan daripada pertempuran antara kuasa baik dan jahat, di mana setiap kereta mempunyai identiti tersendiri dengan watak ikonik Star Wars tau. Sampai helmet kemek pun dia mimik guys.

Ada enam kereta kawalan jauh dalam koleksi edisi terhad ni. Jom kita tengok satu demi satu. Vroom! 

  • Darth Vader™ Racer

Tampil elegan, bergaya dan gelap, Darth Vader™ Racer diilhamkan berdasarkan karater kegemaran peminat Star Wars. Jeriji kereta ini seakan topeng Vader dan lengkap dengan lampu belakang LED seperti matanya.

  • Stormtrooper™ Racer

Seterusnya, mewakili kekuatan Imperial Army, Stormtrooper™ Racer mengetengahkan imej bersih dan minimalis putih berkilat.

  • Darth Maul™ Racer

Darth Maul™ Racer direka dengan warna metalik merah darah yang berkilauan seperti tanda khas pada watak asalnya. Ianya lengkap dengan bumbung yang diilhamkan daripada tanduk Darth Maul™ yang menonjolkan gaya agresifnya.

  • The Mandalorian™ Racer

The Mandalorian™ Racer pula disalut dengan warna matte perak diinspirasikan daripada Din Djarin dan perisai beskarnya. Korang juga akan mendapati signet The Mandalorian™ di “bahu” roda belakang kanan.

  • Boba Fett™ Racer

Boba Fett™ Racer, pemburu upahan ganas dan cekap turut ditampilkan bersama koleksi ini. Kemek pada topi keledar Boba Fett™ dan targeting rangefinder diterjemahkan ke dalam reka bentuk kereta ini yang menampilkan warna hijau matte tentera.

  • BB-8™ Racer

Melengkapkan koleksi 2023 ini ialah astromech setia, BB-8, Kompak dan futuristic, BB-8™ Racer tampil dengan warna oren dan putih yang semestinya menyerlah di litar perlumbaan.

Boleh guna Shell Racing App untuk perlumbaan menarik!

Buat pengetahuan korang, koleksi Star Wars™ Racers Shell mengekalkan kesemua ciri istimewa, termasuk kawalan Bluetooth dan bateri pintar yang membolehkan pengguna untuk mengendalikan kereta tersebut dengan hanya telefon pintar mereka.

Paling best, korang boleh guna Shell Racing App yang boleh didapati di App Store dan Google Play untuk lumba kereta kawalan jauh.Tambahan pula, dengan koleksi baharu ini, mereka juga boleh mengalami UI watak baharu dan persekitaran perlumbaan baharu apabila bermain menggunakan Bluetooth RC.

Enjoy pengalaman perlumbaan unik bertemakan pengembaraan antara galaksi yang mendebarkan. Bukan hanya budak-budak, orang dewasa pun mesti suka!

Jom kumpulkan semua Star Wars™ Racers, sementara stok masih ada!

Wah, seronoknya! Tak sabar nak dapatkan semua kereta kawalan jauh bertemakan Star Wars ni. Tapi macam mana caranya eh? Senang je guys!

Setiap minggu mulai 6 Oktober hingga 19 November 2023, satu model kereta kawalan jauh Bluetooth edisi terhad ni akan dikeluarkan, eksklusif di stesen minyak Shell di seluruh negara.

Star Wars™ Racers kecuali Darth Vader™ Racer boleh dibeli pada harga RM49.90 dengan pembelian bahan api minimum RM50 dalam satu resit untuk Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97, Shell FuelSave Diesel B7 atau Shell V-Power Racing.

Bateri Bluetooth pula boleh didapati pada harga RM30 dengan pembelian bahan api minimum, sama seperti pembelian model kereta.

Ataupun, beli minimum RM15 di Shell Select dan dapatkan Star Wars Racers pada harga RM49.90 dan/atau Bateri Bluetooth pada RM30;

Macam mana nak dapatkan Darth Vader™ Racer pulak? Ia boleh didapati secara PERCUMA dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra/Power 4L di stesen minyak Shell.

Korang juga boleh beli peti koleksi pada harga RM89.90 dengan pembelian RM80 Shell V-Power Racing dalam satu resit (semenanjung) dan dapatkan peti koleksi pada harga RM29.90 dengan pembelian Helix Ultra/Power 4L (Sabah dan Sarawak). Baru la lengkap koleksi Star Wars™ Racers korang!

*Tertakluk terma dan syarat

Bukan selalu kita dapat beli koleksi eksklusif pertama di dunia. Limited Edition pula tu, geng-geng kolektor mesti dah boleh agak koleksi Shell Star Wars™ Racers bakal jadi koleksi terhebat.

Jom berlumba dengan koleksi Star Wars™ Racers . Ade bran ke? Hee..

Untuk maklumat lanjut, layari Shell.com.my/StarWarsRacers.

SKIP THIS AD ×