berita

Tular Video Lelaki Maut Dihempap Barbel 100kg

September 19th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki di Wuhan, China meninggal dunia selepas dihempap barbel seberat 100 kilogram (kg) dalam satu kejadian pada Khamis lalu.

Maut dihempap barbel

Menerusi video pendek yang tular di media sosial itu memaparkan, mangsa yang dikenali sebagai Zhang, 25, sedang bersenam dengan mengangkat barbel seberat 100kg di sebuah gimnasium tanpa pemantauan. Namun nasib malang menimpa Zhang apabila barbel tersebut terjatuh dan terkena dada sebelum ke lehernya.

Zhang berusaha untuk menyelamatkan diri dan cuba menanggalkan tali pinggang angkat berat yang dipakainya namun tidak berjaya. Zhang yang mengalami kekejangan dan sukar bernafas sempat dibantu oleh dua pekerja gimnasium tersebut. Susulan daripada insiden itu, Zhang telah dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.

Tidak dapat dipastikan mengapa Zhang mengangkat barbel lebih 100kg tanpa pemantauan dan polis sedang menyiasat kes berkenaan.

Sumber: The Thaiger

SKIP THIS AD ×