Rozita Ibrahim

Khabar angin mengenai usahawan, Rozita Ibrahim yang didakwa sudah berkahwin dengan abang kepada pelakon Rebecca Nur AI Islam terus menjadi tanda tanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Enggan Ulas Dakwaan Bonda Rozita Berkahwin Semula – ‘Biar Tuan Badan Jawab Sendiri’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dalam Tempoh Seminggu Ini Ada Satu Benda Yang Tak Kena, Ia Datang Pada Waktu Tertentu’ – Rozita Ibrahim

Pimpin tangan?

Rozita Ibrahim

Walau bagaimanapun, tular sepotong video memaparkan Rozita atau mesra disapa Bonda sedang melintas jalan sambil berpimpin tangan dengan seorang lelaki.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di luar negara ketika Rozita mempunyai urusan di sana, baru-baru ini.

Pun begitu, netizen tidak dapat mengesahkan siapa lelaki tersebut namun mendakwa sosok itu merupakan suami baharu Rozita.

Sebelum ini, menantu Rozita iaitu Datin Seri Shahida enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbabit dan meminta bertanyakan kepada tuan badan sendiri.

Kata isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri itu, dia bukan individu yang layak untuk menjawab sebarang spekulasi yang bertebaran ketika ini.

Sumber: Instagram