Di TikTok, tular satu video memaparkan keadaan terkini bekas isteri kepada pempengaruh, Chazynash iaitu Fatin Morat.

Artikel Berkaitan: Tonton Gelagat Kelakar & Mencuit Hati Chazy Nash & Isteri Dalam S.O.S!

Keadaan terkini Fatin

@flour.crown

A Suprise for Fatin 💖 Terima kasih jadi salah satu supporter Flour Crown dari dulu sampai sekarang 🌸 Happynya hari ni dapat bagi suprise yang tak seberapa ni ☺️ Kami harap Fatin dan anak2 suka pastry & dessert yang Flour Crown bagi hari ini 💖 Kami juga doakan yang terbaik untuk Fatin & keluarga ✨ Thank you 🎀

♬ original sound – FlourCrown – FlourCrown

Menerusi perkongsian dibuat akaun sebuah kedai kek dan roti iaitu @flourcrown, dapat dilihat Fatin datang bagi membeli beberapa jenis pastri yang dijual di premis berkenaan.

Ujar akaun tersebut, Fatin merupakan salah seorang pelanggan tetap premis mereka.

Salah satu pelanggan tetap kami, yang selalu sokong perniagaan kami dari dulu sampai sekarang.

Kebetulan Fatin datang kafe hari ini, kita nak banyak macam-macam pastri dan coklat khas untuk anak-anaknya sekali.

Raih perhatian netizen

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya seronok melihat video terkini Fatin.

Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah netizen yang berasa sedih melihat riak wajah Fatin yang dianggap seakan tidak ceria seperti dulu.

Terdahulu, bekas suami Fatin iaitu Chazynash mengesahkan mereka sudah bercerai pada 23 Januari lalu.

Menurut Chazynash, dia menyifatkan perpisahan yang berpunca daripada kesalahannya itu sebagai satu keputusan yang dipersetujui bersama.

Sumber: TikTok