
Bahang pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026 yang berlangsung di Bangkok, Thailand pada 14 November lalu masih menjadi bualan hangat, khususnya dalam kalangan peminat muzik tempatan dan antarabangsa.
Artikel Berkaitan: ‘Ini Adalah Salah Satu Perjalanan Terbaik Dalam Karier Saya’ – Aina Abdul
Artikel Berkaitan: Filipina Juara Eurovision 2026, Malaysia Raih Tempat Keempat
Terpegun lihat Aina

Terbaharu, tular sepotong video memaparkan reaksi wakil Korea Selatan, Junhee yang dilihat begitu teruja dan kagum ketika menyaksikan persembahan wakil Malaysia, Aina Abdul menerusi lagu Bluest Sky.
Menerusi video tersebut, Junhee yang sudah selesai membuat persembahan dilihat duduk bersama peserta dari negara lain sebelum memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persembahan Aina.
Dia dilihat beberapa kali bangun dari tempat duduknya seolah-olah mahu mendapatkan sudut pandangan lebih jelas untuk menyaksikan aksi penyanyi berusia 33 tahun itu di atas pentas.
Malah, Junhee turut memberikan ‘standing ovation’ sejurus Aina menamatkan persembahannya yang berkonsepkan elemen air.
Bukan sahaja Junhee, wakil negara Filipina iaitu Carmelle turut memberikan tepukan gemuruh atas persembahan bertenaga Aina yang menjadi peserta terakhir pada malam tersebut.
Terdahulu, Aina berjaya menduduki tempat keempat menerusi pertandingan berprestij itu sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Juara menjadi milik wakil Filipina, Carmelle menerusi lagu Sobra-Sobra, manakala Thailand menduduki tempat kedua dan Vietnam di kedudukan ketiga.
Video
Sumber: TikTok








