berita

Tun Dr Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Bersatu

February 24th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi kenyataan media hari ini telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Beliau dilaporkan telah menyerahkan surat perletakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam perkembangan terbaru, Tun Dr Mahathir turut melepaskan jawatan yang disandangnya sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Perkara ini telah disahkan melalui kenyataan media di Twitter.

Letak jawatan Pengerusi

Pejabat Pengerusi Bersatu telah mengeluarkan satu kenyataan media memaklumkan Tun telah melepaskan jawatan tersebut. Difahamkan, perletakan jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta. Memetik laporan Harian Metro, keputusan diambil ekoran tidak bersetuju dengan gerakan ‘pintu belakang’ yang dilakukan beberapa parti politik untuk menguasai pentadbiran negara.

3 nama disebut-sebut sebagai PM

Sementara itu, UMNO telah mencadangkan dua nama iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang akan dipertimbangkan menjawat jawatan nombor 1.

Lapor portal itu lagi, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan mengetuai kerajaan campuran yang bakal dibentuk.

Sumber : Dr Mahathir Mohamad , Harian Metro

The following two tabs change content below.