berita

Tun M Seru Rakyat Jangan Cemburu Dengan Orang Kaya, Berusahalah Untuk Tambah Pendapatan

January 6th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat Malaysia agar tidak bersifat cemburu terhadap golongan atasan atau dalam bahasa mudah ‘orang kaya’. Memetik laporan MalaysiaKini, beliau berkata bahawa orang kaya di Malaysia telah banyak menyumbang terhadap ekonomi negara dan turut membantu kerajaan mentadbir negara hasil daripada pungutan cukai daripada mereka.

Siapa usaha lebih, dia yang kaya

Ada daripada kita yang berasa iri hati melihat mereka begitu kaya, terutama apabila mereka menjadi kaya hasil daripada sumbangan kita. Tapi perasaan iri hati ini perlu dipendam, jangan dibiar untuk mempengaruhi diri kita.

Kerana yang kaya ini diperlukan supaya mereka membayar cukai yang tinggi, kadang-kadang ratusan juta dibayar kepada kerajaan, dan wang inilah yang kita guna untuk membayar gaji kita semua dan untuk membangunkan negara.

Kalau semua penduduk negara kita ini miskin belaka, atau tak (mempunyai) keupayaan untuk membayar cukai, dari manakah kita akan dapat dana untuk mentadbir negara? Ini perkara yang kita harus fikir sepanjang masa.

Tambahnya lagi, negara ini mengamalkan dasar ekonomi bebas. Sesiapa sahaja yang berusaha lebih untuk menambah pendapatan mereka amat digalakkan.

Miskin sebab tak produktif

Kenapa mereka miskin? Sebabnya ialah kerana mereka tidak produktif, tidak menyumbang sesuatu kepada masyarakat yang mana masyarakat akan membalas dengan memberi upah dan balasan kepada mereka.

Kita akan perkenalkan cara-cara si miskin menambah pendapatan mereka. Tetapi mereka mestilah sambut cara-cara ini dan amalkannya.

Ada tempat bagi yang miskin, ada tempat bagi yang kaya. Tetapi yang kaya mestilah berusaha untuk menolong yang miskin (dalam bentuk tanggunjawab sosial korporat dan cukai).

Menurut Tun Mahathir, kerajaan dalam usaha untuk membantu golongan miskin keluar dari kepompong kemiskinan. Baginya, setiap pihak perlu menjelaskan kepada golongan miskin bahawa kemiskinan tidak mungkin dapat diatasi dengan subsidi dan bantuan, tetapi dengan produktiviti.

Sumber: Malaysiakini

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×