berita

Tun M Terima Semula Jawatan Pengerusi Bersatu

February 27th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan Perdana Menteri Interim Malaysia telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Pejabat Pengerusi Bersatu sekaligus peletakan jawatan itu telah berkuat kuasa serta merta.

Terbaru, pada hari ini iaitu 27 Februari 2020, Tun M dikatakan telah menerima kembali jawatan Pengerusi Bersatu.

Terima semula jawatan Pengerusi Bersatu

Menerusi laporan Harian Metro, berita penerimaan menyandang semula jawatan Pengerusi Bersatu itu telah disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya. Menurutnya, segala perkembangan mengenai isu ini dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Perkembangan lain akan dimaklumkan nanti.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×