berita

Tun Mahathir Sah Tubuh Parti Baru, Mahu Perangi Rasuah

August 7th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah mengesahkan bahawa beliau akan melancarkan satu parti politik baru. Menerusi satu sidang media khas pada petang ini, beliau mengumumkan berita berkenaan dengan sasaran bahawa parti politik baharu ini dapat membanteras aktiviti rasuah dalam pimpinan politik.

Parti semangat Melayu

Bukan niat kami nak banyak sangat parti politik Melayu. Sudah ada Umno Pas dan Bersatu.

Parti ini ditubuhkan atas semangat Melayu dan akan bersifat inklusif dan moderat, berpegang pada janji, ikhlas dan berprinsip.

Menurut beliau, parti ini mengetegahkan semangat Melayu dan akan bersifat berpegang pada janji serta ikhlas. Parti ini dikatakan sebagai salah sebuah parti yang berprinsip dan akan terus memerangi rasuah yang berlaku di dalam negara kita.

6 bekas pemimpin Bersatu bakal bersama

Parti berkenaan dijangkakan bakal dipimpin oleh bekas-bekas pemimpin Bersatu yang telah dipecat. Antara pemimpin yang menyertai parti baharu itu ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (MP Jerlun), Datuk Amiruddin Hamzah (MP Kubang Pasu), Dr Mazlee Malik (MP Simpang Renggam), Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (MP Sri Gading) dan bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya.

Sidang media penuh

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×