berita

Tun Dr Mahathir, Syed Saddiq Bantah Hukuman Sebat Dua Anak Muda Di Terengganu

September 6th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Beberapa hari lepas, pasangan lesbian dijatuhi hukuman sebat sebanyak 6 kali selepas didapati bersalah cuba melakukan hubungan sejenis di Terenganu. Hukuman yang dilakukan dihadapan lebih kurang 100 orang saksi ini dipercayai yang pertama seumpamanya di negeri tersebut.

Artikel Berkaitan : Pasangan Lesbian Kena Sebat Di Terengganu, 100 Orang Jadi Saksi

Menerusi sebuah video pendek, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berpendapat hukuman yang dikenakan tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa agama Islam. Malah, YB Syed Saddiq turut membantah hukuman tersebut.

Islam bukanlah agama yang bengis – Tun Dr Mahathir

Pihak Kabinet berpendapat bahawa ini tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh agama Islam. Sebaliknya kita tahu bahawa ini adalah kes pertama bagi mereka dan biasanya dalam kes pertama kita perlu memberi nasihat dan tidak seterusnya melakukan (hukuman) sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara.

Ini memberi gambaran yang buruk kepada agama Islam. Sebab itu kami berpendapat bahawa, kalaupun ada kes-kes yang semacam ini, pertimbangan hendaklah diberi kepada keadaan tertentu, yang mana dalam Islam kita boleh menjatuhkan hukum yang lebih ringan sementara kita memberi nasihat dan sebagainya.

Amatlah penting kita menunjuk bahawa agama Islam ini bukanlah agama yang bengis yang suka menjatuhkan hukuman yang berat yang mengaibkan orang. Ini bukan cara-cara yang digalakkan oleh agama Islam.

Ini adalah pendapat kabinet Kerajaan dan kami harap kita berhati-hati dalam mempamerkan Islam sebagai agama yang tidak ada tolak ansur, tidak ada bertimbang rasa. Sedangkan kita selalu, apabila memulakan sesuatu dengan Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani tetapi kita tunjuk seolah-seolah dalam Islam ini tidak ada perasaan pemurah sama sekali.

Inilah pendapat Kerajaan Pakatan Harapan pada mesyuaratnya hari ini.

Syed Saddiq bantah hukuman sebat di Terengganu

Pendapat netizen

Sumber : Syed Saddiq

The following two tabs change content below.