Baru sahaja kehilangan ayah tersayang dua hari lalu, pelantun suara ‘Anak Kampung’ iaitu Jimmy Palikat akan meneruskan hasrat bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah.
Menerusi laporan Malaysiakini, Jimmy akan meneruskan hasrat tersebut kerana ianya merupakan permintaan arwah ayah.
Tunai hasrat ayah
Saya meneruskan bertanding kerana ia merupakan permintaan ayah sebelum ini. Dia malah memberikan saya restu untuk bertanding di pilihan raya negeri ini. Dia nak lihat saya sebagai calon tetapi tak dapat. Sebelum ayah pergi tinggalkan kami di hospital, saya berbisik suruh dia bertahan tetapi ini mungkin takdir yang dia akan meninggal dunia. Saya akan teruskan juga kerana ini adalah permintaannya.
Jimmy yang akan bertanding di DUN Tambunan sebagai calon bebas telah mendapat restu arwah ayahnya. Tambahnya, hasrat arwah untuk melihat dirinya sebagai calon tidak kesampaian. Jimmy turut memaklumkan yang dia sudah menghantar borang pencalonannya di Dewan Serbaguna Tambunan semalam.
Semua sokong saya
Mereka semua faham dan sokong saya. Sama ada menang atau kalah itu tidak kisah. Saya akan sentiasa berikan yang terbaik. Untuk beberapa hari ini, saya akan berkabung. Selepas itu saya akan mula berkempen.
Di samping itu, Jimmy memberitahu dia ingin membantu masyarakat yang susah di kawasannya. Ujarnya lagi, seluruh ahli keluarga turut memberi sokongan buatnya. Dia akan mula berkempen selepas upacara berkabung ayahnya selesai.
Dalam pilihan raya yang bakal diadakan, Jimmy akan bertanding dengan Timbalan Menteri Kerajaan Persekutuan, Jeffrey Kitingan (Star) dan calon parti lain Laurentius Nayan Yambu (Upko), Sylvernus Bruno (PBS), Damian Richard Marcus Podtung (Parti Cinta Sabah), dan Nordin Jani (Parti Gagasan Rakyat Sabah).
Sumber: Malaysiakini