Di aplikasi X, tular beberapa hantaran mengenai penyanyi terkenal antarabangsa, Shawn Mendes yang dikatakan hadir ke sebuah masjid di Universiti New York.

Artikel Berkaitan: Shawn Mendes Dan Camila Cabello Kembali Bercinta!

Tunai solat Jumaat

Menerusi ciapan yang dibuat akaun @perfectlytried, individu tersebut mendakwa pelantun lagu ‘Stitches’ itu hadir ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Bukan itu sahaja, Shawn yang difahamkan hadir bersama rakannya yang merupakan penyanyi dan penyair terkenal iaitu ‘Mustafa The Poet’ dikatakan turut mendengar khutbah Jumaat sebelum menunaikan solat.

Shawn Mendes hadir dan mendengar dua khutbah secara penuh.

Dia juga menunaikan solat Jumaat dan anda tidak tahu betapa bermaknanya bagi saya, masya-Allah.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tidak dapat dipastikan sejauh mana status penyanyi antarabangsa berusia 26 tahun itu.

Hantaran tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian wargamaya di aplikasi X.

Komen netizen

Sumber: Aplikasi X