berita

Tunai Solat Tepi Jalan Ketika Meniaga Petai. Ajak Shiro Minta Netizen ‘Support’ Bisnes Pakcik Ini

August 6th, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Video seorang lelaki menunaikan solat di tepi jalan berjaya mencuri tumpuan netizen di media sosial. Menerusi perkongsian Ajak Shiro, lelaki tersebut merupakan seorang peniaga petai.

Tempat bukan alasan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

Menurut Ajak, lelaki yang digelar sebagai ‘pak cik’ itu merupakan peniaga petai di kawasan Kota Seriemas Nilai, Negeri Sembilan. Tambah Ajak, pak cik tersebut begitu bersunguh-sungguh mencari rezeki. Lebih tersentuh, pak cik tersebut tidak lupa untuk menunaikan solat meskipun terpaksa melaksanakan ibadah di tepi jalan. Di akhir posting, Ajak berdoa agar urusan pak cik tersebut dipermudahkan dan berharap orang ramai memberi sokongan terhadap perniagaan yang diusahakan oleh pak cik itu.

Sara anak hidap penyakit sawan

Menjengah di ruangan komen, ada beberapa orang individu mengaku pernah ternampak pak cik ini di sekitar kawasan Nilai dan Seremban. Menurut salah seorang individu, pak cik ini sangat baik orangnya. Individu berkenaan turut memberitahu bahawa pak cik ini mempunyai seorang anak yang hidap penyakit sawan. Ujar individu itu lagi, hasil jualan petai merupakan sumber kewangan keluarga tersebut.

Sumber: Ajak Shiro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×