berita

‘Esok Sepatutnya Kita Balik Kampung Untuk Wedding Kita’

December 18th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semalam, Malaysia dikejutkan dengan berita sedih apabila hero negara, Muhammad Adib Mohd Kassim pergi menghadap penciptanya. Beliau yang cedera parah akibat diserang oleh sekumpulan perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman pada November lalu.

Artikel Berkaitan: Selamat Tinggal Adib

Terbaru, tunang arwah, Nurul Najihah meluahkan isi hatinya yang hiba, apabila mereka seharusnya melangsungkan perkahwinan mereka pada Sabtu ini terpaksa dibatalkan atas pemergian arwah menerusi Instagram miliknya.

Balik untuk wedding kita

Esok kita sama-sama cuti untuk balik kampung untuk wedding kita. Ya abang, kita balik. Kita balik sama-sama. 18/12/2018 hari kita balik drive. Tapi, orang balik juga dengan abang tapi abang dalam keadaan kaku. Tenang la kamu, setenang orang tengok kamu tadi.

Kad jemputan dah tersebar

Selepas kejadian tersebut, ramai yang melahirkan rasa hiba dan simpati terhadap apa yang terjadi serta menuntut pembelaan yang sewajarnya kepada si pelaku. Foto kad undangan mereka juga turut tersebar di media sosial.

Kami di Oh Bulan turut mengucapkan takziah buat keluarga mangsa atas pemergian arwah. Semoga Arwah Adib ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah

Sumber: Nurul Najihah

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×