
Selama ini, jenama telco sering dilihat fokus pada kelajuan, liputan dan harga. Kali ini, Tune Talk tampil dengan pendekatan berbeza, lebih berani, lebih santai, dan paling penting, lebih original.
Menerusi kempen #TheRealTuney, Tune Talk mengangkat Tuney sebagai wajah rasmi Ultra Fast 5G mereka, sambil membuka perbualan tentang keaslian dalam dunia yang semakin serupa.
Ia bukan sekadar tentang internet laju, tetapi bagaimana jenama boleh membina identiti dan jadi sebahagian daripada budaya.
Tuney bukan sekadar mascot, ini simbol ‘originality’

Dalam kempen ini, Tuney diposisikan sebagai The Real Tuney, mascot asal yang mewakili semangat Tune Talk iaitu bold, authentic, dan berani tampil berbeza.
Ia bukan sekadar karakter comel, tapi simbol kepada pengalaman Ultra Fast 5G sepanjang hari, konsisten dan “on” bila-bila masa.
Selain itu, Tune Talk nak sampaikan satu mesej, dalam dunia yang penuh imitasi, jadi original itu lebih bermakna.
Dari telco ke pop culture, inilah “The Real Tuney”
Apa yang buat kempen ni lebih menarik, Tune Talk ‘blend’ dunia teknologi dengan elemen hiburan. Parodi “The Real Slim Shady” kepada “The Real Tuney” dijadikan teras kreativiti sesuatu yang relatable, catchy, dan senang jadi bahan sembang.
Hasilnya? Kandungan yang bukan sekadar informatif, tapi juga shareable dan dekat dengan gaya hidup digital hari ini.

Tuney turun padang di Pavilion KL
Kemuncak kempen ini berlangsung di Pavilion KL menerusi perarakan mascot Tuney yang mencuri perhatian pengunjung.
Daripada edaran merch sehinggalah interaksi secara langsung, semuanya menjadikan jenama ini terasa lebih dekat dan hidup di luar skrin. Inilah pendekatan “from screen to street’ apabila jenama tidak lagi sekadar wujud dalam iklan, tetapi boleh dialami secara nyata.
TheRealTuney & cara sertai perbualan
Di media sosial, tanda pagar #TheRealTuney menjadi pemacu utama perbualan. Orang ramai diajak untuk menyertai cabaran, berkongsi versi “original” mereka sendiri, dan berinteraksi dengan dunia Tuney.

Ultra Fast 5G dengan 10x nilai, tiada kos tersembunyi
Di sebalik semua elemen kreatif ini, mesej utamanya jelas bahawa Ultra Fast 5G sepanjang hari dan Tuney ini mewakili pengalaman internet yang laju, stabil dan relevan dengan gaya hidup digital hari ini, sama ada untuk gaming, streaming, kerja atau content creation.
Tune Talk bukan sekadar menawarkan pelan data, tetapi memberikan 10x Nilai dengan tiada kos tersembunyi. Apa yang dijanjikan, itulah yang pengguna dapat iaitu internet pantas, harga telus dan pengalaman tanpa caj mengejut.
Melalui identiti yang segar, berani dan mudah diingati, Tune Talk membina hubungan lebih dekat dengan pengguna, bukan hanya sebagai telco, tetapi sebagai sebahagian daripada gaya hidup digital.
Nak rasa sendiri pengalaman Ultra Fast 5G dan masuk dalam dunia Tuney?
Boleh layari laman rasmi Tune Talk.








