Sebelum ini, pelakon, Rita Rudaini mendedahkan bahawa anak sulungnya, Airit Rayyan sedang dalam proses menghafaz kitab suci, Al-Quran.

Artikel berkaitan: Anak Sulung Rita Rudaini Mula Hafaz Al-Quran, Selalu Minta ‘Check’ Bacaan Lepas Solat Maghrib

Terbaru, Rita dilihat memuat naik sebuah video di mana dia sedang menunggu kedua-dua anak lelakinya di masjid tatkala mereka sedang menunaikan solat Jumaat.

Simpan kenangan ni

Simpan kenangan ni sampai akhir hayat kamu ye anak-anak. Mommy tuggu kamu dalam kereta. Tugas mommy untuk anak-anak lelaki akan selesai bila kamu dah ada keluarga sendiri. Doakan mommy sihat selalu.

Menurut Rita, video tersebut sengaja dirakam untuk dijadikan kenangan buat anak-anaknya nanti. Sebagai ibu tunggal, Rita berkata sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membawa anak-anak menunaikan solat Jumaat di masjid. Ujar Rita lagi, dia mohon kepada Allah agar diberi kesihatan yang baik supaya dapat membesarkan anak-anak.

@ritrud727

#Repost @ritrud727 ・・・ Simpan kenangan ni sampai akhir hayat kamu ye anak2…mommy tggu kamu dlm kereta 😌…tugas mommy utk anak2 lelaki akan selesai bila kamu dah ada keluarga sendiri…doa kan mommy sihat selalu 🤍

♬ original sound – Rita Rudaini – ritrud727

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat pengorbanan dan usaha Rita dalam mendidik anak-anak. Tambah netizen, bukan senang untuk seorang ibu tunggal membesarkan dua orang anak lelaki tanpa kehadiran suami di sisi.

Sumber: Rita Rudaini