berita

‘Tunggu Ubai Buka ‘Braces’ Dulu, Baru Fikir Pasal Kahwin’ – Shila Amzah

February 9th, 2023 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Penyanyi Shila Amzah diasak oleh peminat mengenai hubungannya dengan selebriti media sosial dikenali sebagai Ubai.

Artikel berkaitan : [VIDEO] ‘Yang Seriously..’ – Tak Sengaja Panggil Ubai Sayang Di Live TikTok, Shila Amzah Gelabah Nak ‘Cover’ Balik

Artikel berkaitan : ‘Bekas Suami Patut Bangga, Siapa Je Nak Tulis Lagu Fasal Dia’ – Shila Amzah

Artikel berkaitan : [VIDEO] Kena Kecam Buang Gula-Gula Atas Pentas, Shila Amzah Mohon Maaf

Doakan perkara yang baik

Menerusi sesi live di Instagram, Shila meminta para peminat agar mendoakan perkara yang baik terutamanya dalam kariernya sebagai seorang penyanyi.

Tambahnya lagi, dia enggan bercerita mengenai perkahwinan pada masa ini kerana ingin memberi tumpuan kepada anaknya, Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun.

Saya masih muda. Berhenti tanya saya bila akan berkahwin lagi. Saya mahu bekerja, cari duit. Saya kena ada simpanan sendiri sebelum berkahwin. Sekurang-kurangnya tunggu sehingga Seth pandai bercakap.

Tunggu Ubai buka braces

Dalam pada itu, penyanyi berusia 33 tahun ini sempat berseloroh dengan mengatakan jika mereka ingin ke fasa yang lebih serius, sekurang-kurangnya dia perlu menunggu sehingga pendakap gigi yang dipakai Ubai boleh dibuka.

Lagipun braces Ubai pun lagi tiga tahun baru boleh buka. Jadi jangan bahas tentang pernikahan. Selagi belum akad nikah, makanya belum sah lagi.

Saya juga mahu membahagiakan diri sendiri terlebih dahulu sebelum membahagiakan hati orang lain.

Sumber : Live Instagram Shila Amzah

SKIP THIS AD ×