berita

Tuntut Dr Maszlee Kekal Sebagai Menteri Pendidikan, Petisyen Raih Lebih 100k Tandatangan Selepas 3 Jam

January 2nd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Selepas 20 bulan mengemudi Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan telah melepaskan jawatan sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Januari 2020. Surat perletakan jawatan telah diserahkan Dr Maszlee kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tengah hari tadi.

Dalam satu sidang media khas di Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee berkata walaupun berat dia redha dengan keputusan yang dibuat.

Kekalkan YB Maszlee

Tidak bersetuju dengan perletakan jawatan tersebut, satu petisyen telah dibuat di laman web charge.org bagi menuntut Ahli Parlimen Simpang Renggam ini kekal sebagai Menteri Pendidikan Malaysia. Petisyen yang dibuat oleh individu bernama Tuah Kencana setakat ini mendapat lebih 100,000 tandatangan selepas tiga jam dilancarkan.

Individu ini turut tampil dengan hujah mempertahankan sumbangan yang telah dibuat Dr Maszlee sepanjang perkhidmatannya. Menurutnya,

YB Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang telah terbukti memberi manfaat kepada pelajar, guru guru dan masyarakat. KPM dibawah kemudian YB telah bersikap telus dengan segala inisiatif dan progres usaha-usaha reformasi pendidikan.

Antara sumbangan beliau dan tempoh yang singkat ini adalah,

Sifar Sekolah Daif
Program Sarapan Pagi Percuma
Program Pertukaran Guru “Suka Sama Suka”
Penambahbaikan Pendidikan Untuk Pelajar OKU
Perkhidmatan Internet Kelajuan Tinggi
Peningkatan Program TVET
Menjaga Kebajikan Guru Guru
Malangnya, segala inisiatif beliau telah dibayangi dengan laporan laporan negatif yang telah disensasikan oleh pihak yang berkepentingan.

Keputusan meletakkan jawatan adalah satu kehilangan besar buat negara. Mewakili kumpulan masyarakat, kami memohon agar YB Perdana Menteri sebagai negarawan terulung untuk mengembalikan YB Maszlee Malik untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

“Pendidikan Untuk Semua”

#SupportMaszlee

Raih lebih 100k tandatangan

Petisyen ini mendapat sokongan orang ramai yang turut mahu Dr Maszlee Malik kekal. Kata mereka, jasa dan sumbangan yang diberikan jelas sekali menambah baik banyak perkara.

Sumber : Astro Awani, Charge.org

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×