berita

Tuntut RM50 ePENJANA dari GrabPay Dan Dapatkan RM50 Extra Baucar! Memang Berbaloi Betul

July 31st, 2020 | by Azyan
Kewangan & Pelaburan

Bagi yang tak tahu, bantuan ePENJANA RM50 akan dikreditkan ke akaun e-wallet korang bermula harini. Ini merupakan sebahagian daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disediakan untuk membantu beberapa sektor ekonomi yang terkesan akibat COVID-19.

Inisiatif ini bagus sebab sekarang lebih ramai yang memilih untuk menggunakan contactless payment bagi mengehadkan sentuhan. 

Lagi-lagi bila korang memang pengguna Dompet GrabPay!  Korang akan dapat RM50 dari ePENJANA dan pada masa sama korang boleh dapat reward dan tawaran menarik dari rakan kongsi GrabPay.

Jom tengok apa yang korang boleh dapat kalau tuntut menggunakan GrabPay!

Apa syarat untuk dapatkan RM50 ePENJANA & macam mana nak dapat dari GrabPay?

Jom ikuti langkah dibawah:

  1. Muat turun dan daftar sebagai pengguna di MySejahtera Apps
  2. Tuntut RM50 ePENJANA dari aplikasi Grab (Sila pastikan aplikasi Grab korang tu versi V5.107.1 keatas untuk IOS dan V5.107.0 untuk Android keatas!)
  3. Kemudian, korang ikut je proses penebusan tu di aplikasi Grab.
  4. Wang tersebut akan dikreditkan ke akaun korang dalam masa 5 hari bekerja! Ini kerana, proses verifikasi daripada pihak kerajaan akan memakan masa selama 5 hari tersebut.

Tu je, senang kan? Korang juga perlulah warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan kurang dari RM100,000 untuk dapatkan ePENJANA ni!

Tebus RM50 ePENJANA dan dapatkan extra RM50 dari GrabPay!

Yang membuatkan lagi best bila korang tuntut menggunakan GrabPay, sama seperti kredit e-wallet yang diberi sebelum ini, korang boleh spend duit tersebut dimana sahaja tetapi tidak boleh untuk dipindahkan dari satu akaun ke satu akaun. 

Menangi bonus mingguan baucar-baucar bernilai RM75!

Bukan itu sahaja, 7000 pengguna pertama yang menggunakan RM50 ePENJANA melalui Dompet GrabPay  dan membuat transaksi menggunakan sebarang perkhidmatan Grab (Grab ride,GrabFood,GrabMart, GrabExpress) akan memenangi baucar bonus bernilai RM75! Uish dapat baucar extra lah!

Jangan risau kalau tak menang minggu ni guys, sebab setiap minggu akan ada pemenang yang berbeza. Korang boleh spend wang tersebut untuk Grab Rides, GrabMart, GrabExpress dan yang paling selalu korang guna, GrabFood!

Tak terhad kepada online transaksi je, korang juga boleh  gunakan GrabPay ni untuk pembayaran di kedai-kedai yang terlibat. 

GrabRewards sehingga 3x mata ganjaran & nikmati lebih potongan harga dengan GrabPay!

Berbaloi kalau tuntut dengan GrabPay sebab semuanya akan berbalik dekat korang. Korang boleh dapat 3x mata ganjaran GrabRewards di mana points tu boleh digunakan bila korang shopping, melancong,makan dan macam-macam lagi!

Dah la boleh dapat 3x mata ganjaran, korang juga nikmati harga promo dengan GrabPay Price! Antara kedai yang korang boleh gunakan ialah Zalora, MBO, Cake Rush dan macam-macam lagi. Wah, best betul!

Ish, tak sabarnya nak tuntut RM50 ePENJANA dengan GrabPay. Maklumlah, bila ada banyak pulangan ni memang syok dan berbaloi je rasa.

So, jangan lupa untuk tuntut RM50 ePENJANA korang dengan GrabPay okay. Inform member korang sekali supaya mereka tak lepaskan peluang menarik ni. Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik kat sini!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×