berita

Tuntutan Nafkah Anak Rita Rudaini, Aidil Zafuan Akui Hanya Mampu Bayar RM2 Ribu Sebulan

April 1st, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-04-01 at 11.38.03 AM

Dalam pada kegembiraan Aidil bergelar pengantin baru, kes tuntutan nafkah 2 orang anak hasil perkahwinan bersama bekas isterinya, Rita Rudaini masih belum diputuskan lagi.

Terkini, menerusi laporan Berita Harian, Aidil memberitahu mahkamah bahawa dia hanya mampu memberi RM2,000 sebulan kepada Rita Rudaini untuk menanggung segala keperluan Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.

ritaFoto Rita bersama dua orang anak hasil perkahwinan bersama Aidil Zafuan

“Ketika tempoh perkahwinan, saya memberikan (kepada Rita) RM5,000 untuk bayaran rumah, makan minum dan pengangkutan.

Bagaimanapun, sejak keluar (rumah) saya hanya bagi RM2,000 sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah RM3,000. Saya tolak sebab majikan ketika itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sediakan rumah, jadi tak perlu bayar.”

Di sidang perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Aidil yang juga merupakan kapten pasukan Johor Darul Takzim FC (JDT FC) itu menambah bahawa jumlah tersebut diberikan selepas dia keluar dari rumah kelamin mereka di Kota Damansara pada Januari 2012.

Selain itu, Aidil turut menjelaskan bahawa dia memperolehi elaun perumahan sebanyak RM2,500 sebulan ketika berkhidmat dengan pasukan ATM (2012-2013) dan pasukan JDT pula menyediakan rumah dan membayar sewa tanpa ditetapkan had jumlahnya.

Screen Shot 2014-04-01 at 11.41.28 AM

Wajah Aidil Zafuan dan Rita Rudaini selepas perbicaraan kes mereka semalam

Ketika ditanya mengenai sebuah kereta Mercedez miliknya, Aidil mengaku bahawa dia membeli kereta tersebut pada tahun 2012 dengan harga RM240,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,000. Namun, Aidil memaklumkan bahawa ansuran bulanan itu dijelaskan oleh majikannya.

Sebelum ini, aktres jelita, Rita telah menuntut sebanyak RM5,392 sebulan daripada Aidil sebagai nafkah 2 orang anaknya yang merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang.

Perbicaraan di depan Hakim Syarie, Abd halim Abu Samah akan bersambung pada 9 dan 25 Jun ini.

SKIP THIS AD ×