berita

‘Turun Bawah Tengok Anak-Anak Kemas Rumah, Agihkan Kerja’ – Netizen Puji Cara Ozylnn Didik Anak

July 3rd, 2021 | by Amat
Lensa Insta

Pasangan selebriti Johan dan Ozylnn sering berkongsi aktiviti harian bersama anak-anak mereka di platfom media sosial. Sebelum ini, cara didikan Johan menasihati anak-anaknya selepas solat jemaah Maghrib telah mendapat perhatian dan pujian peminat.

Artikel berkaitan: ‘Dia Pandai Semua. Pandai Masak, Jaga Anak’ – Ozlynn Bersyukur Dapat Suami Macam Johan Tapi..

Artikel berkaitan: Luangkan Masa Beri ‘Ceramah’ Setiap Kali Lepas Solat Maghrib, Netizen Puji Cara Johan Didik Anak

Terbaharu, Ozylnn memuat naik video menyaksikan anak-anaknya mengemas rumah selepas menunaikan solat Subuh. Ramai pengikut yang mengagumi cara didikan pasangan suami isteri ini bagaikan melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Dia orang dok agih-agoh kerja

Ozlynn terharu melihat anak-anaknya bangun pagi untuk mengerjakan solat Subuh pagi tadi. Selepas itu, anak-anak kepada pasangan selebriti ini segera mengagihkan kerja untuk mengemas rumah termasuklah menyapu sampah, membersihkan meja dan memberi makanan kepada haiwan peliharaan mereka.

Pukul 6.30 pagi Haziq ketuk pintu bilik tanya mama dah bangun ke solat Subuh. Kita pun bagitahu dah, pastu kita tanya dah solat? Dah ngaji? Dia jawab dah mama. Tak sampai 2 minit Abang Sodiq dia ketuk pula. Mama, dah bangun ke? Kita tanya awat? Dia jawab saja nak check. Kita pesan jangan lupa ngaji. 6.45 pagi dia ketuk bilik lagi. Mama rabbit nak bagi makan sayur ke carrot? Kita buka pintu tengok wahh dia dah mandi la.

6.50 kita turun bawah tengok Abang Ariq dengan Haziq tengah kemas rumah. Dia orang duk agih-agih kerja rumah. Sodiq dah sapu luar rumah, dah susun selipar dah bagi kucing makan. Haziq tugas dia lap semua meja dan almari supaya tak berhabuk. Okay la, Alhamdulillah. At least apa yang papa dia nasihat selama ni masuk otak walaupun kadang ke laut.

Papa dia cakap, selagi papa hidup papa akan sentiasa ingatkan sebab tu tanggungjawab papa. Semalam dengan kelmarin dia orang solat Subuh mama kejut. So semalam dia orang kena sekolah dengan papa. Dah ajar banyak kali, alarm jangan letak sebelah telinga, senang nak stopkan. Letak kat pintu bilik, sah-sah kena bangun matikan. Baru tak tidur balik. So malam tadi dia orang tetap kena tidur awal walaupun hari ini Sabtu sebagai pengajaran so no game malam tadi. Senang je nak tau dia orang bangun ke tidak, suruh dia orang ketuk bilik kita setiap seorang. Bila dah bangun mustahil tak solat tak ngaji.

Dah kahwin boleh bantu isteri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Tambah Ozylnn lagi, suaminya iaitu Johan sering menasihati anak-anak mereka mengenai kepentingan kebersihan rumah. Ozlynn juga menegaskan para ibu bapa perlu mendidik anak dengan sebaik mungkin supaya mereka membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.

Bila dah mandi mustahil la tidur balik lepas Subuh kan? Kena la cari aktiviti. Macam papa suruh buat kerja rumah, sekurangnya nanti kalau dah duduk sendiri rumah bersih, orang datang nak tumpang solat pun tak malu. Dah kahwin boleh bantu isteri. Budak-budak ni kadang sebulan dua pastu jadi balik malas tu. Tapi kita as parent kena ada sifat tanggungjawab ingatkan.

Jangan lelah, nanti lama-lama semakin meningkat dewasa insyaAllah masuk otak, tugas kita mengingatkan memang sampai dah pegang tongkat. Selagi tak nyanyuk selagi tu la tanggungjawab kita berjalan. Moga anak-anak kita semua menjadi anak-anak soleh dan solehah, bak kata papa dia orang buatlah perkara yang Allah suka dan tinggalkan yang Allah larang, bila hidup diredhai Allah, secara automatik papa mama pun dapat rasa tempias.

Tapi mama masih tengok dia orang tengah berkemas ni. Kita saja nak check la berapa lama bertahan kemas rumah ni. Kadang masuk 2 minggu kita dah mula tanya balik. Eh tak vacum ke pagi tadi. Ni kang ada la tu, bodek tanya boleh ke kalau kita nak main game mama?

Sumber: Jozlynnhanania

SKIP THIS AD ×