berita

Tutorial DIY Face Mist Guna Timun Untuk Pulihkan Sunburn & Sejukkan Kulit Korang!

April 5th, 2019 | by Amirul Asraf
Kesihatan & Hidup Aktif

Penggunaan face mist menggunakan bahan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, sangatlah penting bagi korang yang selalu terdedah dengan panas matahari.

Menerusi Facebook Tengku Wdec, wanita ini berkongsi cara menghasilkan face mist menggunakan timun dalam merawat wajah korang yang terkena sunburn dan jerawat. Jom cuba!

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Botol spray
  • Timun
  • Lemon
  • Air

Cara penyediaan

1. Potong sebatang timun. Kemudian rebuskan dengan sedikit air. Jangan lama sangat kerana timun kategori sayur. Bimbang hilang khasiat jika direbus lama. Bila agak lembut sikit, boleh terus angkat. Sejukkan sekejap.

2. Kisar timun yang direbus tadi dengan sedikit air rebusan. Tak perlu banyak airnya. Kemudian tapis, ambil airnya saja.

3. Siapa yang ada jerawat atau sunburn boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.

4. Masukkan dalam botol spray, boleh beli di kedai. Bila dah siap, simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak bahannya.

5. Bila nak pakai, keluarkan dan sembur saja dekat muka. Tak perlu bilas. Biar ia kering sendiri di wajah.

Info tambahan

Selain membantu mengekalkan kelembapan dan menyegarkan kulit, face mist digunakan sebelum dan sesudah makeup bagi menghindari rasa kering pada wajah dan membantu solekan tahan lama. Jika wajah mempunyai jerawat kemerahan atau sensitif, ianya dapat meneutralkan kembali kulit wajah dari dalam.

Sumber: Tengku Wdec

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×