berita

Tutorial ‘Tukar’ Baju Kelawar Jadi Baju Sepasang Untuk Lelaki Siap Ada Seluar!

April 9th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, rakyat Malaysia tampil kreatif dengan menghasilkan resepi viral, video kelakar dan pelbagai aktiviti menghiburkan di rumah. Lebih melucukan video ucapan Perdana Menteri juga menjadi ‘mangsa’ kreativiti rakyat Malaysia! Siap jadi lagu!

Seorang pengguna Twitter, Afrina Abdullah berkongsi hasil kreativiti dirinya yang berjaya menukar baju kelawar yang sinomim dipakai oleh wanita, namun kali ini boleh dipakai oleh jejaka macho di luar sana.

Bagi dia pakai terus

Menurutnya, idea untuk mengubah suai baju kelawar yang sedia ada tercetus apabila adiknya ingin meminjam baju kelawar miliknya. Oleh sebab dia ingin memberi terus kepada adiknya, dia mengubah suai mengikut bentuk badan adiknya itu. Sungguh kreatif!

Tutorial baju kelawar untuk lelaki

Dia turut memuat naik video tutorial bagaimana untuk menghasilkan baju tersebut di YouTube miliknya. Rata-rata netizen memuji baju yang dihasilkannya itu. Nampak mudah dan menarik!

Cantik pulak tu baju kelawarnya

Rata-rata netizen memuji kreativitinya yang mampu menghasilkan fesyen yang menarik.

Sumber: Afrina Abdullah

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×