berita

Tutup Ruangan Komen Di Instagram, Adakah Ini Respon Fattah Amin Selepas Momen Romantis Dikecam?

May 23rd, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Walaupun sudah sah bergelar suami dan isteri, namun setiap aktiviti dan pergerakan Fattah Amin dan Fazura tetap menjadi perhatian orang ramai. Mereka juga merupakan antara pasangan selebriti paling sweet di dalam industri hiburan tanah air.

Artikel berkaitan: Video Aksi Terlebih Manja & Berpelukan Fattzura Jadi Perhatian Netizen

Namun baru-baru ini, video momen romantis Fattah dan Fazura mendapat komen negatif dari segelintir pihak. Sebagai selebriti popular, Fattah jarang memberi komen mengenai sesetengah perkara. Tetapi adakah ini mesej yang ingin disampaikan kepada netizen di luar sana?

Momen romantik Fattzura jadi perdebatan netizen

https://www.youtube.com/watch?v=6v6Lh138FyQ

Terdahulu, tersebar video dimana Fazura dan Fattah Amin bertemu disebuah restoran selepas berbuka puasa. Momen romantis itu dipercayai telah dirakam oleh rakan Fazura. Walaupun sudah memegang status sebagai suami isteri, namun layanan manja diberikan pada Fattah tidak disenangi oleh orang ramai.

Adakah ini respon Fattah?

Terbaru, pelakon lelaki popular itu telah memuat naik foto beserta mesej positif di laman Instagram miliknya. Fattah juga telah menutup ruangan komen di post tersebut. Adakah mesej itu ditujukan kepada netizen yang berfikiran negatif?

Sumber: Instagram Fattah Amin, YouTube Jebart Media

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×