berita

TV3 Mohon Maaf Siar Kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Dalam Bahasa Mandarin

October 4th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semalam, kecoh apabila Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching memberi kenyataan dalam bahasa Cina yang disiarkan menerusi saluran berita Buletin Utama TV3. Namun, beliau melahirkan rasa terkilan atas salah faham itu dan meminta agar pihak televisyen memberi penjelasan.

Terbaru, pihak TV3 memohon maaf kepada Nie Ching berhubung penyiaran klip video berita itu.

Mereka perlu membersihkan nama saya

Petikan kenyataannya yang berbahasa Cina yang disiarkan menerusi berita jam 8 malam itu mengundang kecaman dan kemarahan orang ramai yang rata-ratanya menganggap pemimpin ini tidak menghormati negara sendiri kerana berbahasa Cina.

Namun begitu setelah selesai menjawab soalan, saya diminta mengulangi semula kenyataan berkenaan dalam bahasa Mandarin. Mereka perlu memberi penjelasan bagi membersihkan nama saya.

Menurut Nie Ching, pada mulanya menjawab soalan wartawan berkenaan dalam bahasa Melayu. Namun diminta menjawab dalam bahasa Cina untuk digunakan dalam Berita Mandarin.

Susulan itu dia meminta agar pihak stesen televisyen itu menjelaskan perkara ini yang disifatkan sangat tidak bertanggungjawab dan tidak adil.

Kejadian tidak disengajakan

Pihak TV3 memohon maaf kepada Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching dan penonton Buletin Utama susulan laporan yang disiarkan dalam Buletin Utama, 2 Oktober 2019.

Kami menzahirkan rasa kesal di atas penggunaan petikan kenyataan dalam bahasa Mandarin yang sepatutnya digunakan hanya untuk Berita Mandari di ntv7 dan 8tv. Sekali lagi kami memohon maaf atas kejadian yang tidak disengajakan.

Pembaca berita, Kamaruddin Mape wakil stesen televisyen itu membacakan kenyataan maaf itu menerusi Buletin Utama 4 Oktober 2019. Menurutnya, kejadian itu tidak disengajakan.

Sumber : Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×