berita

TV3 Tampil Program Pagi Lebih ‘Fresh’, Ceria & Mantap!

August 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Bermula 1 Ogos 2021, penonton setia saluran TV3 akan disajikan dengan program-program yang lebih segar, ceria dan mantap menerusi slot pagi. Menerusi tagline yang digunakan ‘Hidupkan Pagi’ terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukan bagi ‘memantapkan’ lagi kandungan saluran TV3 yang secara tidak langsung dapat menceriakan hari penonton.

Beri lebih kepuasan kepada penonton di rumah

Ujar Puan Nini Yusof, selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, strategi penjadualan baharu akan bermula pada 1 Ogos ini, dengan mengukuhkan slot waktu pagi dan memberi kepuasan kepada penonton setia TV3.

Menerusi TV3, ada beberapa program yang disingkatkan waktu siaran supaya ia menjadi lebih padat di samping penampilan selebriti berbakat besar seperti Nabila Huda, Sissy Imann dan Amyra Rosli sebagai hos program TV3.

Pagi anda bermula dengan menonton program ilmiah Tanyalah Ustaz yang disiarkan pada setiap hari pada pukul 6.30 pagi. Diikuti dengan Buletin Pagi yang akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 9.00 pagi manakala pada hari Sabtu dan Ahad akan bersiaran pada pukul 9.30 pagi.

Tidak berakhir di situ, menerusi Slot Cempaka pula, anda akan disajikan dengan seleksi drama bersiri popular yang akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 8.00 pagi. Drama bersiri ‘Lelakimu Yang Dulu’ dibintangi barisan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Redza Rosli dan Reen Rahim.

Perubahan waktu siaran

Program Malaysia Hari Ini (MHI) dan Borak Kopitiam masih bersiaran dalam menyampaikan info menarik, isu-isu semasa serta topik yang berkait rapat dengan soal kepentingan masyarakat. MHI akan bertukar waktu siaran pada pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi pada setiap Hari Isnin hingga Jumaat. Manakala, program Borak Kopitiam akan bersiaran pada jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi pada hari Sabtu dan Ahad.

Tidak berakhir di situ, hujung minggu korang sudah pastinya akan lebih ceria dengan menonton program Muzik Muzik yang bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 11.30 pagi yang dikendalikan oleh Alif Satar dan Sissy Iman. Selepas menonton Muzik Muzik anda boleh terus menonton program paling sensasi negara iaitu Melodi yang menampilkan Nabila Huda sebagai hos.

Bermula 8 Ogos 2021, pelakon jelita Amyra Rosli akan menggalas tugas sebagai hos program Nona yang bersiaran pada pukul 2.00 petang. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, anda boleh ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

SKIP THIS AD ×