
Pelakon dan usahawan, Fazura mempersoalkan tindakan individu yang menuduhnya memberi tanda suka terhadap ciapan berkenaan lelaki yang tidak tahu menghargai di platform X.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Pamer Wajah ‘Polos’ Tanpa Solekan, Ramai Jatuh Hati – ‘Sangat Cantik Ciptaan Allah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nangis Lama Menunggu Untuk Bergambar Dengan Daisy Duck, Reaksi Fazura Pujuk Fatima Curi Perhatian – ‘Pandai Dia Didik Anak Supaya Bersabar
Tweet

Menerusi komen di Threads, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 43, menjelaskan dia sudah lama tidak mengakses akaun platfrom X itu.
Tweet apa? Saya dah bertahun tak buka Twitter (yang kini dikenali sebagai X).
Sebelum ini, seorang individu mendakwa aktres itu memberi tanda suka terhadap ciapan yang dibuat olehnya berkenaan lelaki yang tidak tahu menghargai walaupun sudah taat dan setia.
Tidak terhenti di situ, Individu tersebut turut memetik nama bekas suami pelakon filem Pisau Cukur itu.
Perkongsian itu kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang kebanyakan kurang senang dengan tindakan individu tersebut.
Warganet mendakwa individu itu hanya mahu mencetuskan kontroversi dan salah faham terhadap orang ramai.
Sumber: Threads







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
